About Me

Muhasabah Cinta

Assalamualaikum semua yang s u d i s i n g g a h


Laparnya ditengahari (+ +)
Last friday aku dan kawan aq menghadirkan diri ke pusat Islam UiTM sabah untuk join "Qiam 2" Dan title untuk program kali ini adalah
"MUHASABAH CINTA"

Dalam program ni adalah diperkatakan mengenai kehidupan ber KAPEL ni. Alhamdulillah, aku tak terlibat dalam benda ni dah. Bagus aq stock cinta aq pada NYA dan juga pada kehidupan selepas kahwin nanti. ^^

OK, dalam program ni ustaz Fuad yang beri ceramah. And aq sangat concentrate bila ustaz ni bercakap.Walaupun seems lawak, tapi bermakna. i mean Ada isi dalam setiap ayat yang dia bariskan, bukannya melalut. Antara persoalan yang menarik minat aku adalah mengenai "Cinta atas dasar nafsu". Well, bagi aku benda ni series gak. Tapi "TEPUK DADA TANYA SELERA" lah cuz benda tu pandai-pandailah kamurang fikir. Tapi macam mana korang nak tahu pasal persoalan cinta nafsu ni? Bagi aq lah kan, contoh yang terbaik adalah bila Lelaki cinta pada permepuan atas dasar parasa rupa. Well, lelaki mana yang tidak menginginkan seseorang yang cantik?? Giler kah tak mahu awek kalau muka macam CT. Haha. Mengenai cinta ni, aq tolak tepi dululah buat sementara. COncentrate stady dulu. Bila dah ada kerjaya nanti,  insyaALLAH kalau ada jodoh jumpalah dengan jodoh aku tu. HI MUNGKIN ANDA DI LUAR SANA TUNGGU SAYA YA???(emo sendirihhaa. Main jak OK).


Then, ada persoalan yang di timbulkan oleh kawan aq. Soalannya berbentuk begini:


"Antara nikah gantung/Khitbah  dengan tunang lama-lama, mana lebih bagus???"


Jawapan ustaz Fuad: Bagus lagi kalau Nikah Gantung. Kenapa?? penjelasannya senang jak. Ini kerana ramai orang yang beranggapan apabila sudah bertunang, maka ianya menjadikan ikatan pertunangan tersebut sebagai lesen untuk mereka melakukan TUT. Kalau nikah gantung, ianya sah. Dan mereka boleh melakukan hubungan intim tersebut. Bagus lagi kan dari mendorong kepada perlakuan maksiat??? 






So aq rasa pasal cinta ni, aq hanya mampu merancang. Tapi yang menentukan terjadinya sesuatu itu hanya hak MUTHLAK ALLAH SWT. Jadi tak mustahil kalau aq akan kahwin bila abis diploma ni. Mungkin ALLAH dah tentukan masa tu aq jumpa jodoh aq(STatement berani, ABAH N Mem jgn marah ok, main jak). Haha

EDITED on 2nd august 2011 Pukul 10.02 PM.

Ok, otw pergi tarawih tadi tiba-tiba teringat mengenai persolaan yang ditimbulkan oleh ustaz. Kenapa selalu kol awek/cowok? Well, menurut ustaz kalau boleh tahan-tahanlah kalau mau call boi or gerlpren.tapi Kenapa?


     
Bukannya call BF or GF ditegah, tapi jangan terlalu keraplah. Bagi aku, bila tak call girl or even message dia akan timbul rasa rindu sangat kat dia. Lagipun kalau selalu sangat call dan saling sharing crita, semua topik yang korang sepatutnya share masa dah berumah tangga dah di reveal. Contoh, si lelaki cakap nak 5 orang anak. Ok, pas2 meleret sampai habis semua dicerita dan dishare. Bila semua dah dicerita, masa dah kahwin nanti ustaz beri perumpamaan akn berlaku lah situasi dimana  "Kau tengok aku, aku tengok kau". Paham? ok. Maksudnya lebih kurang, ko tengok Husband ko, and husband ko tengok ko. Well, situasi ni tidak mustahil berlaku kalau tiada topik mau dishare sudah kan?? hehe.


So bagi aq kita kenalah bijak dalam menentukan apa yang patut dan tidak kita lakukan. ^^. ~~~~



2 comments:

Aunniey Noel said...

hahahaha...statement "HI MUNGKIN ANDA DI LUAR SANA TUNGGU SAYA YA???" tu bha..hahahahahahaha...cm p tol ak bygkan..haha..btw,,nice la entry2 ko...berisi ni..malu la saiiyaa org baca saya punya~~~!!huhu

Unknown said...

hhahaha..kureng ko...sangat berisi..ni tempoh percubaan okeh..malu aku..kih3

Post a Comment

sia rasa:

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...