About Me

Showing posts with label Medic UiTM. Show all posts
Showing posts with label Medic UiTM. Show all posts

UPDATED: Syllabus Diploma Sains UiTM




Assalamulaikum WBT

Before You continue, Do click the "Thanks for Ur click" bars. Some interesting things to be discover.

Kali ni aku nak share info dari CIK TOM tentang syllabus terkini bagi pelajar diploma sains yang guna OBE. Kami next sem pun akan guna syllabus ni. alhamdulillah, insyaALLAH sy akan sambung Laluan akademik instead of laluan kerjaya.  Ni gambar yang aku dpt dr CIK TOM(TQ cik tom) Korang masuk lah and follow her blog. Memang banyak input yang korang booleh dapat.  








Kalau korang dah baca. Perasan tak masa sem 5 kena pilih samada nak ambik Laluan akademik atau laluan kerjaya. So kena ambik semua subjek yang tertera kat atas bagi tiap sem. Cuma kalau yang pilih laluan akademik dia ada elektif sendiri. Depends on campus. Kalau kat sabah ni tak silap boleh pilih akaun, Business study atau Ladang (ni semua x pasti). Lama dah dapat info ni. So ndak ingat sangat elektif tersebut. 


Untuk sem 5 ada pakej untuk laluan Akademik. 
pakej 1, PHY 310 + PHY 351
Pakej 2, PHY 310 + BIO 310


Aku, rasanya akan ambik bio. InsyaALLAH. Cuz i likey bio... Kita kaji pasal ciptaan ALLAH. Dan indirectly kita makin muasabah diri. Dan sentiasa kaum dengan keindahan ALLAH disamping kita memujiNYA. Last year, ada orang tanya kat sorang pakcik ni "Allah tu Minta Puji kah??"
Astaghfirullah(dalam hatiku). Pakcik tu pun jawab. "YA". Aku blank sebentar. Dan pakcik tu pun sambung "Sebab hanya dia sahaja yang layak di puji". SubahanALLAH. Betapa tinggi nya pemikiran pakcik tu. So, bila kita kaji pasal sesuatu tu, dan kita kagum. Kita kagum dengan ciptaan ALLAH SWT. ^^

Laluan akademik : untuk mereka yang nak sambung degree

Laluan kerjaya : Siapa yang decide nak kerja after diploma. 

Harap berguna lah info ni ya. Kalau nak tahu lebih lanjut. Sila masuk blog cik tom. MMG banyak info yang berguna. Thats all for now. KBAI..eheh

Masuk Hutan dan Kaji Populasi Pokok(pelajar Diploma Sains)


Assalamualaikum


Ok, hari ni sudah masuk raya ke 6 dan dah masuk kuliah dah bagi budak-budak diploma(tempat aku lah). Pagi yang indah, kami dah turun ke Hutan UiTM sabah untuk buat experiment bio yang terLAST. Memang best lah. Lama ndak masuk hutan. Well, sekarang kepanasan dunia dah makin jelas. Even dalam hutan pun berpeluh giler Barbie. SUMPAH, berpeluh macam dah mandi dah. 


So far, experiment ni memang best. Cuz ni FIELD WORK kami dan species yang dikaji ada bermacam-macam. And boleh kaji populasi spesis pokok tersebut. Walau panas, tetap best. Nanti aku upload gambar tuh. Nih untuk pelajar DIPLOMA sains OK. So siapa yang berjaya dapat tempat, masuklah diploma sains keyh!!! Sem 3 memang main dengan ecology. Dan experiment sangat banyak. And berguna. ^^V


Fast Track Diploma Sains

POST UPDATED

(FAST TRACK UITM TELAH DIMANSUHKAN ATAS SEBAB-SEBAB yang TERTENTU)


Assalamualaikum Readers
aq nak share something ni pasal fast track UiTM
Well aq ada baca blog Cik Tom
WARNING: INI UNTUK PELAJAR DIPLOMA SAINS OK
^(0o)^ 
sila betulkan saya kalau ada tersalah 

logo uitm

Kepada mereka yang berminat nak lompat pergi degree
Well, apa yang aku tengok lah kan
Sem 3 korang dah boleh Apply
And CGPA untuk sem 2 korang kena 3.0 above
Tapi depends dengan pointer sem tiga jugak
And 
TIDAK DIKENAKAN SEBARANG TINDAKAN TATATERTIB
Itu dulu lah
Based on blog CIK TOM
+
Takda repeat or tangguh subjek untuk semester sebelum-sebelum ni


Course yang disediakan adalah 

Sarjana Muda Sains(kepujian) Biology(Kat sabah Pun ada)
&
Sarjana Muda Sains dengan kepujian(TECH PERABOT)

Tapi ada addition yang aq dapat untuk lompat degree 
untuk sesi disember 2010
Ada 4 kursus yang ditawarkan
Yang dua lagi

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian(Kimia Gunaan)

&

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian(Sains dan Teknologi Makanan)

(TOLONG BETULKAN JIKA SAYA SALAH ^(0o)^ V)
Yang jelas 
kalau nak sambung bidang Perubatan, Farmasi, Dan Dentistry
Target lah pointer tinggi-tinggi
Kalau Medic dan Dentistry UiTM korang Atleast kena ada 3.5(for diploma SCIENCE)
Well. kalau yang ambil Fast Track ni
Korang habis ijazah dalam 3 tahun
well, meaning korang Study hanyalah selama 4 tahun setengah
Untunglah, lambat 1 sem jak dari budak Matrix. 
Apapun, its on your hands. 
Gudluck ya, doa Sama ALLAH agar dipermudah perjalanan dan 
agar dapat kita memilih yang terbaik untuk kita.








mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...