Alumni Diploma Sains UiTM (Part1)

Assalamualaikum WBT

Posting ni aku tujukan kepada semua pelajar yang tengah konfius nak sambung study kat mana after dah tamat diploma sains. Truthfully, bila aku dah habis degree ni. Aku macam nak acah function sikit. Sebab apa, masa aku study kat sabah dulu, aku sangat kurang exposure tentang kursus yang aku boleh mohon lepas dah habis diploma. 

Basically, I can say, Most of the course offered kau boleh ambik. Even kau boleh sambung dekat universiti lain. For instance USM. Then I also met with ex Diploma (Chemical Engineering), who further his studies di Manchester Uni.

If you have any inquiries, you can always leave a comment or just email me at itsmieismi@gmail.com

So far, course yang budak diploma sains tak boleh nak mohon are :

BEng Oil And Gas
BEng Civil 

Ni based on pengalaman aku lah. After diploma, acctually I went to UiTM a week early so that I am able to process for tukar course. Tapi, tulah. Too young to realize. Sekarang dah habis pun BEng Chemical aku. Next time aku akan share ler.




MIDA career fair 2017.

Assalamualaikum WBT readers.

So a few weeks back I went to MIDA career fair kat KL Sentral. Poster giler gah, about 50 company yang participate with 7000+ vacancy yang available. So, sehari sebelum event tu, aku pun gigih lah print resume aku. Berbelas jugak lah company yang aku nak pergi. As a free lancer(Penganggur), aku tahu, bila dia iklan 7000+ Vacancy tu, kau akan harap sangat yang akan ada peluang untuk kau. Tapi, bila bkan rezeki kau. Tetap bukan rezeki kau. Allah dah bahagi dah rezeki kita masing-masing. 

Back to the story, after dah print resume aku. Aku google each of the company and the position available. Which yang related dengan my field of study. Antara company yang menarik minat aku adalah PETRONAS, Honda, Samsung, CIMA, HIRO Foods packaging, and Biocon. Aku study pasal latest news and their plan for each of the company. I try to make an impression with the HR yang aku akan jumpa esok. 

Tapiii, aku tak dapat tidur malam tu. Sebelum ni, pukul 12 pun aku dah ngantok. Tapi malam tu, pelik sikit, pukul 2 pun aku tak dapat nak tidur lagi. dahlah esok nak gerak awal. So aku pergi gosok baju, and prepare for all keperluan.

Esok nya aku bangun pukul 7. Aku naik motor je dari Shah Alam ke KL. Sebab murah, minyak RM 3 je kot. Sampai kat sana, syukur rezeki aku dapat parking kat tepi KL sentral tu. Sampai tempat event, aku cek group kelas. Budak-budak kelas tengah breakfast kat McD. Aku lost, sebab aku jalan KL ni memang melilau, main redah je. Jiwa kental bro.

Sampai kat event, perghhhh. Kena berbaris panjang. Aku dah buat pre-registration. Tapi, line dia sepanjang-panjang alam. Nasib pagi. Aku tak breakfast, sebab aku dah sampai lambat sangat dah. Dalam kol 9. Masa tengah baris, akak yang incharge for COCA-COLA datang tegur. Dah lah tengah bersesak. Dia suruh aku try for company dia. Sebab diorang tengah expending. Aku tanya lah "Your company hire chemical engineer tak?". Akak tu dengan confident nye "Ye, Kami hire...nanti dah daftar...datang lah ke booth kami:

After register, aku terus shoot ke booth COCACOLA and meet the HR. Akak tu dah konfiden bagi aku harapan, then the HR said, sorry for the time being diorang tak ambik chemical engineer. Aku apply for production engineer position. Aduh, takpe aku dah biasa direject. So gerak ke next booth. 

Sebagai freelance aku gigihkan diri redag crowd tu. Ramai giler orang.Nak gerak pun kena..'Excuse me, excuse me, excuse me". Aku dengan Lily gerak ke company mana ntah. Aku ke BIOCON kot. Tapi tak jumpa. So aku drop resume kat HONDA dan Samsung. For your information, it was suggested that kalau kau pergi ke career fair, kau patut explain and show your enthusiasm kepada Person in charge. Tapi orang ramai namati. So, HR tu kebanyakan nya bagi jawapan standard "We'll contact you"

Aku nak biocon, sebab dia nak process engineer and kira company tu baru lagi. Tapi, its not my rezeki. Tak kena panggil pun. So, aku bersesak tuk ke PETRONAS. I wanna try my luck even aku tahu ynag PETRONAS takkan ambik budak fresh graduate. Aku gigih baris weh, bersesak kat dalam booth tu. Then dia suruh pergi kat website, then mohon. Aku dah buat dah pun sebelum datang sana lagi. So I move to next company. Which is CIMA. CIMA ni under UEM. Cement industry Malaysia Berhad. Apply for Sl1M.

Then other company aku tak dapat cakap ngan HR pun. Sebab terlalu ramai orang yang freelance macam aku. Jenuh HR tu nak melayan. Aku respect kat abang yang jaga booth HONDA masa tuh. Dia layan satu-satu weh. Cuma ada satu section tu closed sebab terlalu ramai orang. 

Diorang masukkan copmpany besar semua ke satu tempat tu. PETRONAS, TOP GLOVE.Sampai mendap weh booth tu. So kalau nak masuk kau kena tunggu turn. As usual, kau akan jumpa lah manusia yanga da degree, tapi common sense takde. Suka hati dia je nak potong barisan orang.. HELLLLO MR, aku baris setengah jam kot. 

Aku dah malas nak bersesak, drop resume, then blah. Ada certain HR yang aku dapat berbual. But I knew that I failed to make an impression sebab terlalu ramai yang freelance yang dia nak layan. Aku call budak kelas, tanya diorang kat mana. Lepak lunch then catch-up. 

Then, bermulalah kembali Fasa menanti sesuatu yang tidak pasti. Entah awal atau lambat. Rezeki dunia ni milik ALLAH. A week after, aku dapat call dari HR untuk CIMA.  Program SLIM-YES under UEM. Nanti aku share how the interview went. Thats it for now. Bye




Hows life?

Assalamualaikum Readers

I graduated with a bachelor of Chemical Engineering (Hons). Syukur alhamdulillah. After a few years since is stop writing and post any stuff in my blog. Here I am. Hopefully wiser than ever.

So topik harini is about LIFE. What is lfie after graduation????????

As for my Life? Typical things fresh grad will do. Scrolling JOB STREET, JOBS MALAYSIA,  MAukerja. Attending endless career fair. But bare in mind,  Its really hard to get a job nowadays. The economic downturn and also terlalu banyak engineers di Malaysia ni. Degree?? I did not secure ANC. Yeah. But, still I am happy with the results condsidering I am sooo busy with involvement in persatuan. I got ANC during my diploma. Somehow, I felt empty in terms of involvement in any society. Such a waste. Apapun, I got second class upper.

 Dengan zaman GST ni lagi. Ya ALLAH, sumpah susah nak dapat kerja. Member lain dah dapat kerja. But Trust me, rezeki Allah itu luas. Cepat atau lambat je. Have faith in him, but remember not little faith, but you need to have a loooooooooooooooooooot of faith in him,

Some people might say, Pointer is just a thing, what gonna make you excel out there is your soft skills and involvement in program. TETTTTT, I beg to differ. Dengan kebanjiran fresh graduates, cut off pointer akan naik. Aku dah pergi 7 interview. Tapi, rezeki Allah belum pilih. Sooooo,...gotta get up and try and try and try..gotta get up and try and try and tryyyy..

Apaaaa aku merapu ni. Nantilah sambung post lain. Pasal interview session with UEM for SLIM. The best and leisure interview i ever attended.

Komen : "kami Histeria"

Assalamualaikum Well, masa aku dok s.alam haritu banyak sgt orangtampal poster citer ni. Aku ingat ada pementasan ker ape kat DATC. Rupanya movie. 

 Cerita ni basically meneceritakan tentang sekumpulan remaja yang menubuhkan band yang menggelarkan diri diorang "Histeria". Make it short, disebabkan desperate, lagu diorang tak laku, so diorang gunakan khidmat langsuir, tuk melakukan lagu tue. Langsuir yang di bintangi oleh fazura pun bersetuju tuk melontarkan vokalnya dalam lagu band ni yang terbaru. Tapi, bila dah berniaga ngan benda ni, it always comes with a price right?? So, langsuir ni awal2 tak bagi lagi syarat nyer. Cuma, in case lagu tue famous, dia akan datang and gitau apa harga yang diorang kena bayar. So, ditakdirkan dalam citer tu lagu tue top chart, so langsuir tu pun dtg, n nyatakan syarat dier which is dia nak sangat jumpa Afdlin Shauki(ni tak boleh blah). Nak sambung??? sory, need to watch it ur self. Rugi gak lah tak tengok, sebab dia ada komedi. Komen aku, story line ok. Lawak pun ok gak. 

Overall, the movie was ok. Takdelah ngarot macam citer lain yang ada kat panggung tu. Hantu tu nampak real gak lah, but sorry, kalau nak expect seram, this is not so seram. it is more to lawak yang ringan. And i thought izzue islam akan pegang banyak scene, but its only a few. Saya suka movie ini, so saya bagi 4 bintang. 

Pra Diploma UiTM (Pra sains/pra perdagangan)

Assalamualaikum, salam 1 UiTM di hatiku. Chewah


Kali ni aku nak post pasal program pra diploma UiTM. Maybe a brief one.


Program pra diploma UiTM ni adalah kursus persediaan untuk pelajar yang nak masuk Diploma. Tapi, since my intake UiTM ada buat satu program based on our new VC at that time yang wujudkan prgram Mengubah destini anak bangsa or nama manja nya MDAB. Well, basically program ni akan ditawarkan kepada mereka yang mempunyai results yang tidak boleh melayakkan mereka untuk memasuki program diploma secara direct. For MDAB, biasanya UiTM akan buat lawatan dari daerah ke daerah untuk mempromosi program bagi lepasan SPM terutamanya mereka yang berada di Luar bandar. 

Jangan risau, bila anda dapat score 4 flat, you can choose any course that you want for diploma. we have 3 types acctually, but only two that im familiar with which is pre com(pra perdagangan) and pre science (Pra sains).

For pre com, ini merupakan aliran perdagangan or business. Pelajar dari pra ni boleh sambung diploma dalam bidang-bidang berkaitan bisnes sahaja. If you are lucky enough, u can try to apply accountancy. 

For pre science, sapa yang dapt score tinggi, thwy can apply course such as diploma farmasi UiTM. 

Jangan malu nak apply pra ni, because some of my seniors are from this course and they now turn from nobody to SOMEBODY. infact, some of our lecturer from UiTM sabah were from this program for instance our Rector, Dr Haji Abdul Kadir Haji Roseline and Mr Awang bakar Awang Tatam. They are from pre com and they proud of it. Matterfact, they both went to overseas to furthur their studies before. 

This is what i get from UiTM Sabah's web, 

1. Entry application for ‘Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)’ is open throughout the year.
2. MDAB form is free and there is no processing fee.
3. MDAB programme was established to provide educational opportunity for the qualified poor Malays and the Bumiputeras from rural areas as well as urban areas, whose parents’ monthly income is less than RM3,000.

FOr MDAB,diorang akan diberikan elaun dan Yuran akan dibayar oleh UiTM sendiri. So no worries, there is no excuse that you dont have money. But, do bear in mind. Walaupun program ini adalah program mengubah destini anak bangsa, tapi still usaha tu milik anda. UiTM hanya menyediakan anda peluang ataupun port untuk anda bagi melihat keupayaan diri anda. Ini disebabkan, ada diantara mereka yang dah dapat kursus ini, tetapi telah di DM or dismiss disebabkan fail. For your info, the subjects is not that hard, trust me. BUt still, ada yang fail disebabkan tidak pass minimum requirement. If you cant pass this, what are you expecting when u go for diploma and maybe, degree??
Allahuallam, next maybe im gonna share about the entry requirement. Do like and share this. Thank you, god bless u.

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...