Nak cuba Buat sendiri durian Crepe

ASSALAMUALAIKUM WBT

Khamis lepas aku ngan kawan-kawan aku sepatutnya buat experiment PHY 360. Kira mini project tuk final sem ni. So untuk carry on ngan experiment ni kami kena beli bahan-bahan tuk buat kajian. So end up beli kat kedai hardware kat Indah permai. So masa tu pukul 12, then cacing-cacing kat perut aku dah menyanyi-nyanyi, macam lagu beribu sesalan ja. So, kami plan makan kat alamesra. Makan ayam penyet yang SUPER PEDAS. So, masa nak bertolak dari IP tu, ada gerai yang promo pasal Durian Crepe ni. So kami pun order,  Call okeh. Cuz owner dia tak bukak gerai masa tu. Main order then ambik kat tempat dia sebab dia nak kutip anak dia kat sekolah. So dalam 1 kontainer tu ada lah dalam 6 biji durian crepe ni. Tapi kami ada 5 orang. So, tuk decide siapa yang makan dulu tu durian crepe kami main OSOM. or main Chus(bahasa budak sabah). So, aku end up yang paling last dapat. Loser giler aku main binatang ni. Apapun, durian crepe, sekali makan nak dua kali, dua kali makan nak berkali-kali. Sumbat semua dalam mulut. Makan serakus yang mungkin. Tapi, memang sedap. Arghh.. Nak lagi..


Sedap and berkrim

macam bantaal pun ada

Resepi ni nanti aku nak try, cilok dari  Blog Cik Epal

http://cikepal06.blogspot.com/2012/11/resepi-durian-crepe-gebu.html#.UPFyWuSTxTI

Soalan Ramalan untuk EXAM UiTM

ASSALAMUALAIKUM WBT

Wah, gempak tak tajuk?? Aku dulu pun masa zaman freshy, rajin google pasal benda ni. Harap-harap lah ada soalan ramalan tuk Final Exam kitorang. Tapi, hakikatnya takda pun soalan ramalan ya. Yang pasti, kalau korang dah biasa buat Past Year, insyaALLAH tak menjadi masalah masa korang jawab exam nanti. Aku?? Alhamdulillah, part 1 dapat anugerah dekan. Alhamdulillah, rezeki kot. Tapi results aku compare dengan kawan-kawan aku yang lain, kira biasa-biasa aja. Takde lah excell sangat macam kawan aku yang lain. Results diorang giler gempak, kalau kat sekolah dulu kira golongan yang dapat berbakul-bakul A. Tapi aku?? apakan daya, rumah pun tiada, ada pun tumpang bapak. Ok Cukup melalut.

By the way, lecturer aku pernah pesan. Kalau nak dapat hint pasal soalan-soalan exam ni, korang try lah buat past year yang 5 or 6 tahun lepas. Pernah aku buat past year tahun 2006, (masa ni aku masih lagi budak skolah menengah yang masih sesat ngan kehidupan skolah menengah, tahu main ja)then keluar soalan yang sebijik ngan soalan yang aku jawab tu. Cuma diorang ganti ayat ja. Lecturer aku cakap, kalau soalan yang berbentuk teori, kalau diorang nak recycle soalan, diorang akan guna soalan yang dulu-dulu, zaman balah tengah kot. 

Well, for those yang nak cari soalan ramalan, SORY, takda ya. UITM xda soalan ramalan. Soalan akan diketahui masa masuk exam. Sekian. 

Azam Sem 6

Assalamualaikum WBT

Dah dekat 3 tahun dah aku belajar kat UiTM Sabah ni. Tiap sem pasti aku letak azam yang aku pun tak pasti lagi samada dapat capai or tak. Tapi apa salahnya kan, nak buat target tuk diri ni. Atleast ada lah jugak aku muhasabah. Walau pun aku tahu diri aku ni sentiasa AWESOME, comel, baik. Semua yang baik2 tu ada pada aku (muntah 10 baldi). 

Nak Dapat 4 flat
InsyaALLAH aku akan lebih berusaha sem ni. Last semester sikit lagi aku dapat empat leper ni. Tapi, apa boleh buat. Physic aku spoil sikit. Tak da rezeki nak dapat A bulat. Aik A ada segi empat kerw?? Well, every sem aku target tuk score 4 flat. Tapi, ada ja yang kacau. Bukan rezeki kot.

Nak cari calon isteri?
Giler gatal aku ni. Diploma pun belum habis. Ni saja ja ni. Taknak lagi cari, masih awal kot. 

Enjoy my Final sem
Ni for surelah kan? Dah last sem. Super senior kot orang panggil. Ni pun nak buat diskusi lagi ngan budak part 1. 

Kureangkan bercakap
Sumpah, benda ni yang paling susah aku nak buat. Sometimes aku terlalu laju bercakap and terlampau banyak. And sometimes aku pun tak paham apa yang aku cakap. hampeh..

Contact Geng2 skolah
Aku rindu kamu. Thats all.

Komen aku pasal MINYAK DAGU(sinopsis)

Assalamualikum WBT

Petang tadi aku pergi bandar ngan kawan-kawan aku tuk tengok Minyak Dagu, 

Komen aku, cerita ni Kira best compare to Typical Malay movie. Tapi yang aku tak suka, filem ni sangat-sangat tak LOGIK. Bukan dari segi jalan cerita, tapi dai segi set movie ni. To make it simple, untuk mewujudkan unsur-unsur seram, semua tempat digelapkan. Even masa pergi Klinik. Lawak juga aku tengok nurse-nurse dalam movie tu busy kerja, tapi dalam keadaan bergelap. Bagi aku, seram juga bah kalau movie tu ada terang sikit. Ni tak, mana-mana pun takda cahaya. 

Ok, enough with that. Now, Jalan cerita, aku harus puji. Ada pengajaran disebalik filem ni. Then, kita tau yang ilmu hitam ni masih ada yang amal.  

Sinopsis:

Aku dah lupa dah. tapi lebih kurang lah kan
Awal-awal tu, Melda(Yana samsuddin) call tunangnya, nak minta hantar mak dia ke klinik. Tapi, tunang dia tu tengking dia and cakap dia Busy ngan kerja. Atlast, bapa Yana yang bawa Johan(joe fizzow), ex boyfriend Yana masa skolah ke rumah tuk rawat Mem si Melda ni. Masa tu, kononnya Johan ni dah jadi Dokter dah. Yang penting diorang putus tunang, then bermula lah penggunaan Minyak Dagu. SETERUSNYA, OPSS. Sory. Tak surprise lah nanti, so silalah ke pawagam berdekatan anda tuk tengok sendiri ya. For me, ni cerita seram ke 2 on my list after Khurafat.

cerita ni Tak lah macam cerita hantu yang aku tengok sebelum ni yang mostly mengarut tak tentu pasal.  Kalau dapat rate dari aku, maybe aku akan bagi 4/5 bintang. Salah kah?? Wei, suka hati aku lah?? Blog akue. Hehe. Kau ada?? Bah, buat review sendiri lah ya.
Tak nak komen lebih. LOGIK dari segi jalan cerita, tapi tak Logik dari segi set pengambaran(betul kah aku eja ni?? lantaklah). Assalam

Keputusan AJL 27(edited)

Assalamualaikum WBT

Diorang dah perform and the results is final. 

JOHAN Anugerah Juara Lagu 27 - Aizat -Terukir Di Bintang

Naib Johan - Azlan & Typewriter - Idola

Tempat ke 3 - Hafiz - Ku Akui

Persembahan terbaik - Black Ft RJ - Teman Pengganti

Vokal Terbaik - Hafiz - Ku Akui


Nampaknya takda rezeki tuk Jimmy Palikat. aku suka ngan suara n lagu tue.
Results kali ni agak menyebabkan aku tekejut.
Tak sangka pulak Aizat Boleh menang. Tapi, bakat beliau memang tak boleh di sangkal. Rezeki dia. Harap takda kontroversi macam yang dulu-dulu.
PS: Dont be offended, kalau yuna bawa mesti lagi gempak.. But still Aizat kira hebat gak, cuz dalam berapa hari jak practise. good Job

Minor Oral surgery

Assalamualaikum
warahmatullah hi taala wabarakathu

26 Disember 2012, aku pergi buat minor oral surgery kat Queen Elizabeth UiTM. Pastu aku penuh yakin datang tanpa bawa surat dari UiTM. Steady ja pergi kaunter then bayar RM 5. Ingat dah settle, skali sister yang jaga kaunter tu cakap, after dah bedah kena bayar additional RM 53. Giler mahal kan? Normal lah tu. Tu pun dah kira murah dah compare ngan private clinic. Ni second time aku buat Minor Oral Surgery. Yang first tu masa cuti sem lepas.Yang kali ni pun aku dah tangguh dua kali dah cuz ada hal yang tak dapat di elakkan. Busy sangat, kalah artis.(muntah 2 gayung). 

So yang kali ni, agak mendukacita kan gak lah. Atfirst aku expect diorang akan habis dalah 1 jam sahaja. Cuz aku masuk dalam pukul 2 setengah. Tup-tup sampai pukul 3 setengah belum lagi siap, Gerudi sana, gerudi sini, cucuk sana, cucuk sini, tup-tup pukul empat setengah pun lum lagi siap. Last2 ada sorang dokter tu nama dia Dr Khairuddin kalau tak silap, dia take over. Less than 10 minutes dah settle. Bila dah settle, kena jahit tu SUMPAH sakit, maybe cuz bius dah nak habis kot. Then, Dr yang rawat aku tu dia iring aku keluar and dia cakap untuk pembedahan kali ni bengkak dia akn 2 kali ganda dari yang haritu. KOMFEM TAK KELUAR RUMAH. dah lah after pembedahan pertama haritu anak jiran aku tegur

"kenapa Kepala abang besaar sebelah??"

Macam nak minta penampar sayang ja budak tu. Dah lah orang tengah sakit. Apapun untuk yangs second time ni aku awal-awal lagi dah makan ubat. Then, aku kumur air garam. Kira mujarab gak lah. Tak terlampau bengkak macam haritu muka aku ni. Tapi bila habis ja bius, giler merana satu jiwa aku rasa. Guling kiri, guling kanan, teriak2 kat dalam bilik. Akhirnya kesakitan tu dah hilang. Tak macam first MOS haritu, yang kali ni aku dah dapat makan penuh selera lagi untuk second day.

Second day aku kena refer kat HQE untuk score pain. Nasib ada Best fren aku MUHAMMAD BIN SAUDI yang sudi hantar aku ke UiTM sabah tuk ambik surat dari dokter. And semua payment dah settle. Pastu, nurse minta aku pergi ambik xray(dah berapa kali dah aku kena xray,, matilah sel2 dalam badan aku ni). Mesin xray tu pancar kat muka ja. Tapi, lagu dia buat aku emosi sikit. Dah lah putar2 kat muka, pastu tak boleh gerak. Ni ditambah lagi dengan lagu budak2. Rasa macam dalam final destination jerh. After dah xray, aku balik kat klinik tu then Dr yang rawat aku cakap takda gigi lagi tinggal kat dalam cuz masa kena bedah tu aku dengar 1 jak root aku yang dikeluarkan. So diorang buat appointmnet seminggu lepas tu untuk buka string which is khamis lepas.

Malam rabu sebelum ni aku ada sakit sikit kat bahagian gigi tu. Tak pasti kenapa, yang aku tahu masa first time buat MOS takda lah sakit gini. Then, esok dia aku pergi HQE tuk bukak string tuh. SUPRISINGLY, yupz ada lagi fracture dari gigi aku yang tak keluar. Tapi sakit tuh tak rasa lagi. BTW, bukan dokter yang bedah aku yang incharge. Tapi dokter gigi keluaran UiTM(Bangga siot!!!). Dia sangat alert tentang patient. Tanya sakit aku. Bawa begurau lagi. Siap share ilmu ya cuz dia pun dulu dari Diploma Sains UiTM. Ok back to story, aku pun puang umah and Dokter tu cakap kalau ada sakit direct call jak Queen Elizabeth tu buat appointment. So sekarang aku dalam dilema. Sakit sangat gigi aku ni. untuk MOS yang pertama dulu, aku steady meady ja after buka jahitan. Tapi kali ni, kesannya sampai ke otak. Sangat sakit~~~ IM IN DILEMMA. Malas nak eskep kelas....Thats why aku pilih masa MID sem tuk buat MOS. Tapi, benda dah nak jadi. Apa boleh buat kan? Tabah ja lah.

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...