About Me

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Cabarannya Ramadhan

Assalamualaikum Readers~~~
Salam ramadhan tuk kamurang yang datang menyinggah kat blog aku ni
Yalah, blog aq ni apalah kalau nak comparekan ngan blog lain yang hebat2
Cam Aisha Saad, Jejari Runcing, Ben Ashaari DLL
Ceh, humble pulak aq ni. Ok, back to the topic. 

 SALAM RAMADHAN(pic ihsan i luv islam)

Bulan Ramadhan dah tiba, so ramai lah orang yang berCADANG nak berubah. Mau get rid semua habit yang kurang baik. Walau pun sometimes ianya macam mustahil, tapi nothing impossible lah. Bulan puasa ni orang ramai berebut nak buat ibadah. Preperation untuk sambut malam Lailatulqadar. Sama gak lah aq, berazam jak lebih. Tapi baru jak hari pertama, tengahari aku dan kawan-kawan aq berjemaah melakukan ibadah TIDUR. Hari pertama puasa kelas kami dari pukul 8-1. Then sambung dari pukul 2 sampai jam 6. Nasib ada class cancel jam 4. ^^. Gembira sangat aq. Ntah kenapa datang mengantuk kami kelmarin. MYB cuz bio kot. Hari tu kelas Bio kami 5 jam ok. Tapi yang pagi tu aq agak mengantuk lah, yang petang tu aq segar sikit. Macam kontra pulak hidup aq ni. Ahha.


Ok, sekarang aq nak share pendapat aq mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh orang yang berpuasa:

1) Lapar dan Makan
    Namanya juga puasa kan?? kompem lah kita akan berlapar. Tapi cabarannya sangat-sangat terasa bila tiba jak tengahari. Masa tu orang dah rasa lemas dah. Well, for instance aq. Mdm aq ajar bio pasal food chain, so dalam food chain tu ada ayam. Masa tu jugak lah aq terbayang-bayang Ayam Goreng Datin Kafe.~(00)~. So apa kaitan lapar dengan makan?? Well, bagi aku yang paling obvious dari pengalaman aku adalah MEMBAZIR. yalah, bila mau dekat buka puasa tu ramai lah yang beli makanan sampai sepuluh-sepuluh jari ada plastik makanan. Rakus lah katakan. Iyalah, masa tu masih puasa lagi. Lapar ok. So semua pun yang kita lihat macam menyelerakan. Apa ynag ada, kita beli. dengan keyakinan akan habis. TUP-TUP, tak habis. Aq dulu gitu gak, tak lah sampai tangan aq penuh ngan makanan. Tapi  sampai ada baki-baki yang boleh terus bawa masa sahurlah.Hehe.

Berbuka 1st day.I like kurma Safiq Yusuf Taiyoob


2) TIDUR/MENGANTUK
Ok, I have to admit it. so far selama dua hari puasa ni aq terasa sangat temptation untuk melakukan ibadah tidur ni. Haha.Time-time orang sibuk beribadah, aq sibuk pulak melayan nafsu tidur aq. Hari pertama dah tidur kat surau ngan geng-genk class aq. Second day, tak da kelas dari jam 12. Apalagi?? Tertidur sampai tak ingat dunia dah. Masuk Asar baru bangun. Pas 2 beli makanan untuk buka puasa. Sangat tak terisi masa lapang aq. Konon sebelum puasa 
"Aq berazam mau tingkatkan solat-solat sunat, baca Al-Quran,
Zikir pagi dan petang, kurangkan TIDUR, dll" 
Tapi, apa yang jadi KONTRA belaka. Solat sunat?? Tarawih jak, yang lain macam mana??. Then Baca Al_Quran?? Lepas Maghrib jak.(sama ngan rutin hari biasa). Zikir?? Aq zikir after solat jak and sebelum tidur. Kurangkan tidur?? Wah, lapang sangatlah, selesa pulak tidur time puasa-puasa ni. Astaghfirullah, ini adalah persis situasi yang aku alami sekarang. Harap dapat dikawal dan semua azam aq tercapai.

Sementara menuggu masuk waktu, tdo dulu. HAHA
3) Solat Tarawih
Alhamdulillah semalam aku diizikan ALLAH untuk solat tarawih. Tapi kat surau hostel jak lah. Bukan kat Pusat Islam. Jauh bah. HEHE. Mau naik beribu tangga baru sampai. Erm, MUJAHADAH bha. Tapi aku masih takda kekuatan. So, surau jak lah. Masalahnya, aku tau sangat. Awal-awal jak ramai orang fullkan surau and masjid tuk solat terawih. Bila dekat malam Lailatulqadar, makin kurang irang. Hari pertama kalaukat kampun aq, komfem penuh. Sampai ada yang sampai solat kat luar lagi. Tapi, kuantitinya makin kurrang over time. Kalau belajar science, the kuantiti of people decreased over time. Haha. well, aq salah satu orang tu. Last time aq full Tarawih adalah masa aku form 3 dulu. In precisely, tahun 2007. Hehe. So aq harap Allah akan bagi aku kekuatan untuk aq maintain terus hadir pergi solat tarawih. Allahuallam. Bah, itu jak kali ni. bai, nak prepare mau pergi solat tarawih lagi ni. ^^

ASSALAMUALAIKUM






Hukum bersahur bila tiba waktu Imsak.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua
Thanxx 4 walking at my blog

Gambar sekadar hiasan. ihsan kongsiblog.com
Ok, kamurang puaasa tak??
Apa?? Terskip sahur???Kenapa???
Owh,, waktu IMSAK dah masuk??x sempat lah kan~~~ TBH jak lah
Patutlah.(sekadar alasan jak)

Persoalan ni banyak timbul dalam pemikiran kebanyakan kita bila masuk bulan Ramadhan ni kan? Cian korang tak tahu(padahal aq pun sama). HAHA. ok, Aq sebenarnya hairan gak, cuz ramai dari kalangan kawan-kawan aq bila aq dah kejutkan seringkali menimbulkan pertanyaan berbentuk:

"Jam/pukul berapa imsak"????

Well, aq sangat confius bila orang sering kali tanyak pasal imsak instead of subuh. Cuz, aku and family kat rumah selalunya sahur setengah jam atau lima belas minit sebelum AZAN SUBUH. Kebanyakan orang ingat bila dah masuk waktu imsak, ndak boleh makan sudah. I was like ==". Aq start sedar benda ni masa aku masuk hostel time form 5 dulu. kebanyakan orang asyik tanya"UI, dah masuk imsak kah", or "Bila imsak". And ada yang cakap "Imsak dah, kenapa kau masih minum"???? Ok, cara terbaik untuk discover mengenai hukum ini aq ada berkunjung kat beberapa tempat. Antaranya  Jawapan orang yang lagi mahir.

Based on yang ustaz ni terangkan, waktu sahur berakhir ketika terbitnya fajar shadiq. Or bila dah berkumandangnya azan subuh.

Yang dimaksud fajar dalam ayat itu adalah fajar shadiq, bukan fajar kadzib. Dalilnya hadits ‘Aisyah RA, dia berkata,”Janganlah adzan Bilal mencegah dari sahur kamu, karena dia menyerukan adzan pada malam hari. Makan minumlah kamu hingga kamu mendengar adzan Ibnu Ummi Maktum, karena dia tidak menyerukan adzan hingga terbit fajar.” (HR Bukhari, Muslim, Nasa`i, Ahmad, Ibnu Hibban, dan Ibnu Khuzaimah).(source from konsultasi.wordpress.com)
Dari hadis Aisyah RA ini, jelas menerangkan bahawasanya waktu azan subuh adalah batas akhir waktu sahur. 
SO Kenapa ada apa dengan waktu imsak???
Ok, based on the same place gak, penerangannya berbentuk
"Imsak adalah waktu berhati-hati"
Well, manalah tau kamurang tengah-tengah syok makan sampai lupa dunia. Tup-tup dah azan subuh. More info, sila masuk dalam citation yang aku provide tu. And melalui artikel itu, telah dijelakan bahawasanya kita masih boleh sahur bila berkumandangnya azan subuh.  Tidak haram ok. So itu sahaja dari aku kali ini. Jangan ponteng puasa ok lepas ni. Bak kata usup wilcha

               "Nampak beno nipunye"


Assalamulaikum ^^



mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...