Results sem 4

ASSALMUALAIKUM WBT
Alhamdullillah, syukur kepada ALLAH. Pointer aku ok2gak even jatuh sikti.  Tapi aku rasa berbaloi sangat dengan usaha aku. Cuma yang menyedihkan bila 2 subject aku tak dapat score dan turun dari target aku. Tapi, ok lah. Seriously aku ndak tau camna PHY and QMT aku boleh gitu.. Tapi syukur, ini yang terbaik untuk aku. Amin Ya Rabb.

Syukurlah Ada PTPTN

Asslamualaikum WBT

     Sekarang ni banyak sangat berita pasal orang buat demonstrasi nak PTPTN di mansuhkan. Bagi aku orang yang terlibat ni mesti kes taknak bayar ni. Nak semuanya free. Kalau gituew, bagus smua free kan?? Air, Api, Rumah, Barang-barang kat kedai, tambang bus DLL. Adeh, nak cakap tak matang, dah boleh jadi bapak budak. Nak cakap BODOH, opss i mean kurang pandai dah masuk U dah or kolej. Dan ada komen yang aku baca kat blog, budak tu bengang cuz PTPTN charge dia lebih. ERM,,,,,, Maybe dia lupa kot, macamana duit PTPTN tu dia guna nak tanggung kos pembelajaran dia. Dah berjaya, boleh-boleh pulak lupa. Manusia ni memang, ndak pandai bersyukur(termasuk aku). Bila dapat dulu bukan best lagi belanja awek, bila dah habis tiba-tiba nak mansuhkan. Ngam jugalah Dr M cakap tu. Bagi siapa yang nak mansuhkan PTPTN tu bayar balik dulu duit korang K. Ataupun, kau balik kat masa lalu dan ndak payah ambik PT. Kalau takda PT pun ksu boleh kerja sambilan kan?? hehe

     FYI, bapak aku dulu ada buat kerja kecil-kecilan. Then, satu hari tu aku join lah bapak aku pergi tapak kerja tu. Pastu ada sorang pakcik tu datang jumpa bapak aku. So, bapak aku introduce lah pakcik tu. Teror speaking arhh. Terus aku puji lah "WOW fluentnya pakcik ni"(rekaan semata-mata). Tapi seriesly aku impress ngan pakcik tu OKEH. Terus dia cakap kat aku, yang pekerja-pekerja lain ni pun pandai speaking K and i was like 0_o.So, pakcik tu pun explained lah, sebenarnya budak-budak yang kerja tu smua nya budak-budak pandai. Cuma kat negara dorang, takda peluang untuk sambung belajar cuz kos terlalu-lalu-lau-lalu tinggi. Thats why diorang datang SABAH ni, nak kerja instead of furthur study. Kat negara diorang, kerajaan takda buat peruntukan untuk pelajar diorang yang kurang berkemampuan. Loan pun takda okeh. So, BERSYUKURLAH wahai pelajar Malaysia. Ndak perlulah kita terjerumus dengan kancah permainan politik ni. Bapak suru masuk U tuk belajar, bukan buat demonstarsi nak jatuhkan PTPTN yang tolong korang masa belajar ni. Macam, si tanggang pulak tindakan korang ni.

K lah, aku taknak komen banyak-banyak. aku tulis banyak-banyak pun bukan nya akan stopkan korang. Semoga korang makin berjaya tanpa PT okeh. Tapi, seriesly bagi orang yang kurang mampu macam aku, PTPTN sangat membantu. K bai.

Kritik Artis

 Asslamualaikum WBT.

Korang sedar tak?? Orang Kita suka sangak kritik orang. Terutamanya artis.
Kalau tengok TV misalnya macam haritu ABPBH 2011. 
Aku and sorang abg senior aku tengok ni, and ndak henti-henti mengutuk artis ini, artis itu. EEh, gendut suda dia ndak amcam dulu atau Jeliknya baju si TUT tu. 
Tipulah kalau aku ndak setuju dengan kritikan-kritikan untuk artis tu. Sebab, itu yang kita tengoik dari mata kita sendiri. Erm, dah nak jadi artis.. So kena lah tabah dengan semua kritikan dan cemuhan kan???
Tapi apapun, kita dok kutuk dorang tue, bukannya dapat apa-apa pun.tapi best lah 
Bagi aku, asalakan diorang bahagia dan ndak menyusahkan hidup aku dan orang keliling aku. ahakz.

PS...xlerw citer smpi bukak aib org..hahaa

Aku Suka Bila Kelas CANCEL!!

Assalamualaikum

Ahakz, pengakuan dari diri aku yang jujur nie. Alah, korang tak perlu nak sembunyi lah. Komfem korang pun rasa macam aku kan??  Giler, aku masa jadi klas representative nie slalu jadi penyampai maklumat. So, aku tepaksa lah belakon steady. padahal dalam diri aku ni memang gembira tahap naga. HAHA.

 Tapikan, bila difikirkan balik. Kira rugi ada kelas cancel ni. Kalau lecturer bio aku. Komfem dia nak replace. Dia buzy so aku faham lah gak kenapa kelas kadang-kadang cancel. So, bila dah 6 jam(trus fedup) yang perlu diganti trus aku pakat dengan kawan-kawan aku cakap kat lecturer tu yang kami halalkan jak 6 jam tuh(begurau). Tapi, memang lecturer aku tu jenis yang tegas. So, tahan mata jak lah kalau kelas SUPER DUPER COMBO ngantok. Bayangkan kalau kelas tu 6 jam. And subject yang memang mengantokkan. Aku kalau tengok roomate aku tertidur dalam kelas, aku dok ketawa jak. Lawak cara dia tidur. Owhya. Subject BIO ok. Tapi, nasib lecturer aku tu hebat and best. Masa PArt 1 dulu aku blank sikit kalau kelas sir aku tuh. Tapi, Alhamdulillah berkat ketabahan aku tuk minat BIO(i love BIO), akhirnya dapat gak aku A untuk subject tu for the past 3 sem. Alhamdulillah, tu rezeki ALLAH. Bio best apa?? Even sometimes orang cakap bio ni super duper lame. Aku tetap sayang BIO. 

Tapi seriesly, kalau masa BIO untuk sem 4 lalu memang stress giler. Cuz pagi 8-10 ada QMT, then 10-1 CHM, then BIO 2-5. Mata aku dah macam panda dah kalau dok blajar jak non stop. So, balik bilik after solat komferm ampai-ampai kat katil Memang no lyfe aku rasa. So hopefully next sem schedule tak pack sangat and kurang stress. HAha. So post nio xda apa-apa pun. Salam ^^

Diploma Atau Tingkatan 6??

Assalamualaikum WBT


Okeh, kali ni aku nak share pasal diploma UiTM. UITM SAHAJA ok. Apa bezanya diploma dengan budak yang ambik form 6? Well, kalau kat UiTM niey, bila korang ambik diploma, nanti ijazah korang akan skali dengan budak form 6.


To make it clear, kalau korang ambik form 6, akan habis dalam satu tahun setengah. Then, bulan 9 tahun dapat results tu dah boleh sambung degree. Bila diorang dah sambung degree untuk setahun, meaning to say selama 2 sem, bila masuk sem 3 tu akan ada penerapan budak diploma. Ishh. Aku pun agak terlost sikit. Make it simple.


Mr A and Mr B. Dua-dua pun ambik spm sesama. Biarlah aku letak diorang ni ambik spm masa tahun 2009.


Mr A decide nak masuk Form 6. Mr B dapat diploma uitm(cam aku hehe). 


Mr A akan ambik STPM selama setahun setengah ataupun sampai hujung tahun 2011. Dalam,, 2012 Mr A dapat results dan dapat sambung ijazah. So dalam bulan 9 2012 dah dapat sambung belajar.  Then, after setahun atau pun 2 semester, diorang akan masuk semseter 3 ataupun tahun ke dua pengajian yakni pada bulan 9 tahun 2013.


Mr B akan habiskan diploma selama 3 tahun kecuali dia dah decide nak ambik penerapan FAST TRACK after 3 sem. Then, after dah habis 3 tahun tu kalau start pertengahan 2010, then akan habis dalam awal tahun 2013. Then, dapat keputusan penerapan diploma yakni ijazah pada bulan 9 tahun 2013. So, kalau ambik diploma UiTM lah kan, korang akan transfer kredit dan akan diserapkan ke semester 3 terus. Yakni, sama dengan pelajar tingkatan 6 tadi. So kalau ambik diploma dan form 6 ni sama jak duration belajar diorang. Cuma kalau diploma, diaorang ambik 3 tahun diploma degree 2 tahun jerw. Tapi, kalau nak transfer kredit mesti dalam fakulti yang sama. 


Contoh: MrB ambik diploma sains(mcm akue), bila habis 3 tahun diploma dia dpt penerapan degree in biology UiTM. So dia akan terus masuk tahun ke 2 ataupun semester 3 ijazah biology sebab Degree Bio dan Diploma sains ni dalam fakulti yang sama. Tapi, kalau Mr B nak sambung dalam bidang perubatan misalnya, dia tak boleh transfer kredit. So terpaksa lah ambik ijazah perubatan dari semester 1 balik. Durationnya, 3 tahun diploma + 5 tahun ijazah perubatan = 8 tahun. Diploma students UiTM pun awal-awal lagi dah tinggal kat U. Kira berntung sikitlah, cuz faham selok belok kehidupan U ni. Tapi, aku tengok roomate aku masa sem 1 dulu, budak form 6 gak, dapat gak dia survive kat sini. Hebat lagi tuh, kitorang sama-sama dapat dekan masa sem 1 dulu. Alhamdulillah.




So, sama jak bagi aku. Diploma or form 6. Tapi aku rasa ketinggalan sikitlah, cuz kawan-kawan aku dah degree aku masih diploma. Tapi, insyaALLAH aku kalau boleh, nak alang-alang ambik ijazah dalam bidang kritikal. just doakan ya. Semoga entry ni dapat membantu korang. Wa choww dulu!!!



Bagus ka PLKN nie??

Assalamualaikum WBT

Ok, Sebenarnya aku tengah boring-boring ni. So tadi baru ja TERSTALK junior aku kat skolah dulu. And guess what, dia dah masuk PLKN. Perkara yang mengejutkan aku, dia Alhamdulillah dah bertudung. Seriously, aku jeles dengan budak-budak yang dapat PLKN niey. Best siot. Aku dulu after SPM takda hala tuju. Last-last kerja KFC. Menyebabkan berat badan aku menjunam kurang dari under weight. Masa tu aku masuk dalam super underweight. Kawan aku plak, best siot dapat PLKN. Wellm yang back to the topic, bagi aku yang ndak pernah ikut PLKN, bagi aku peluang ni bagus, selain medisiplinkan ianya juga menyebabkkan ramai kawan aku berHIJRAH. Dari tak bertudung , kepada bertudung. Setakat ni adalah beberapa orang yang aku kenal pergi PLKN and Allah bagi HIDAYAH. Syukur, Hidayah tu milik ALLAH kan?? 


Tapi, dengar cerita memang best lah PLKN. Cousin aku, 2 orang dapat PLKN dan masa 2 minggu pertama diorang cakap macam nak balik ja. Bila dah habis  3 bulan, diorang cakap macam nak extend ja masa kat sana. Diorang ni tough gak aku tengok. Raya berapa tahun lalu, masa raya cousin aku ni tumpang kereta and unfortunately kereta rosak dengan Spontan. Aku masa tu dah bermandi peluh, macam aku baru jatuh sungai ja. Skali aku tengok belakang sumpah jeles aku tengok cousin aku tu TIDUR NYENYAK dan tak berpeluh sama sekali. Aku tanya tips, and dia cakap masa PLKN dah biasa panas-panas ni. hehe. Tak tahu lah. Boleh gak korang share pengalaman korang kan?? Feel free lah. Aku pun nak gak tahu. Maklumlah, tak pernah lari dari kepompong. hehe. Virgin Gituew.

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...