Soalan Ramalan untuk EXAM UiTM

ASSALAMUALAIKUM WBT

Wah, gempak tak tajuk?? Aku dulu pun masa zaman freshy, rajin google pasal benda ni. Harap-harap lah ada soalan ramalan tuk Final Exam kitorang. Tapi, hakikatnya takda pun soalan ramalan ya. Yang pasti, kalau korang dah biasa buat Past Year, insyaALLAH tak menjadi masalah masa korang jawab exam nanti. Aku?? Alhamdulillah, part 1 dapat anugerah dekan. Alhamdulillah, rezeki kot. Tapi results aku compare dengan kawan-kawan aku yang lain, kira biasa-biasa aja. Takde lah excell sangat macam kawan aku yang lain. Results diorang giler gempak, kalau kat sekolah dulu kira golongan yang dapat berbakul-bakul A. Tapi aku?? apakan daya, rumah pun tiada, ada pun tumpang bapak. Ok Cukup melalut.

By the way, lecturer aku pernah pesan. Kalau nak dapat hint pasal soalan-soalan exam ni, korang try lah buat past year yang 5 or 6 tahun lepas. Pernah aku buat past year tahun 2006, (masa ni aku masih lagi budak skolah menengah yang masih sesat ngan kehidupan skolah menengah, tahu main ja)then keluar soalan yang sebijik ngan soalan yang aku jawab tu. Cuma diorang ganti ayat ja. Lecturer aku cakap, kalau soalan yang berbentuk teori, kalau diorang nak recycle soalan, diorang akan guna soalan yang dulu-dulu, zaman balah tengah kot. 

Well, for those yang nak cari soalan ramalan, SORY, takda ya. UITM xda soalan ramalan. Soalan akan diketahui masa masuk exam. Sekian. 

0 comments:

Post a Comment

sia rasa:

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...