Assalamualaikum WBT.
Before You continue, Do click the "Thanks for Ur click" bars. Some interesting things to be discover.
Seriously aku ndak dapat tidur pagi ni, sumpah jeles bila tengok kawan aku tidur nyenyak sampai tak ingat dunia, bestnya diorang boleh buat PETA kat bantal. Siap mengorok lagi arhh. Macam nyanyi lagu "BEribu sesalan" jak aku dengar. Baiklah(ayat skema jap), entry kali ni aku just nak share untuk pelajar yang berminat mengambil Diploma Sains (As120) UiTM. Ulang TAIP,
UNTUK PELAJAR YANG BERMINAT MENGAMBIL DIPLOMA SAINS UITM
Mesti Korang wonder, Kenapa aku cerita pasal diploma sains jerw? Tak berminat kah dengan course lain?? Erm, OK FINE, soalan bonus pulak. Aku ni pelajar Diploma sains, so memang patutlah aku cerita pasal course aku kan? Takkan aku ndak cerita pasal course lain. Aku bukan racist ya, just aku ndak da pengetahuan tentang course lain. Kalau ada pun, sikit2 jak.
Ok lah, entry dulu-dulu aku dah celoteh panjang lebar tentang diploma sains ni. So kali ni aku nak cerita pasal LALUAN kursus niey. Well, bila dah dapat DIS(diploma in science) ni, aku dah setkan awal-awal yang aku nak ambik laluan BIOLOGY. Tapi, itu dululah sebab kalau ikut syllabus senior kami, diorang boleh pilih samada nak ambik Course Biology ataupun Physics(sem 3). so kira diorang ni split jadi dua group lah.
At First, aku ingat diorang ni kira untung lah cuz ndak perlu ambik Phy(kalau ambil laluan BIO), Atau ndak perlu ambik Bio(if ambik laluan PHY). Tapi, hakikatnya yang aku baca-baca dari blog senior-senior DIS , diorang ni dalam dilemma kalau nak buat permohonan Degree nanti. Tapi, kalau ambik semua ni, korang boleh mohon any subject yang related dengan sains(yakin jerw aku buat fatwa ni).
So, masa aku sem satu dulu, lecturer fizik aku tiba-tiba ucapkan TAHNIAH untuk kitorang. And I was like
0_o WHY SO SUDDEN?
Tahniah untuk apa tu? Ada apa-apa yang kami buat?? Ada dapat anugerah ker?? Perasan pulak kami masa tue. Dan sebenarnya benda tu yang membuatkan aku agak stress sampai sekarang.
kami adalah first batch yang akan menggunakan SYLLABUS baru,(OBE) yakni syllabus yang mengarahkan jiwa raga dan hati kami tuk suka semua subjek. So, straight to the point, kami kena ambik PHY, CHM, and BIO untuk 3 tahun ataupun 6 sem. Tiap sem tu JO!!!!
Alhamdulillah, setakat ni ALLAH dah bagi aku rezeki lebih dengan memberikan aku anugerah Dekan(Astaghfirullahalazzim, Bukan tujuan nak takbur ya!) selama 3 sem. Di sini baru aku sedar, even SPM aku dulu hangkang tahap naga, rezeki ALLAH ada dimana-mana sahaja. KEJAYAN HARIINI TIDAK MENGGAMBARKAN KEJAYAAN PADA MASA HDAPAN. Even aku jadi MAJOR LOOZER masa dekat sekolah dulu, itu ndak effect pun performance aku kat U ni. Ok, back tu the point, pelajar yang guna sistem OBE ni akan ikut laluan baru, tapi laluan tu akan digunakan pada semseter yang ke 5. Ada Dua Laluan yang disediakan.
LALUAN AKADEMIK
LALUAN KERJAYA
So, aku nak explain pasal laluan Akademik dahulu.
Laluan Akademik ni adalah untuk pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran selepas diploma. Atau lebih tepat, pelajar tu nak sambung ijazah@degree. Syaratnya, kalau ndak silap kena dapat 2.75(lupa dah) keatas. Kalau CGPA(pointer terkumpul) kurang dari 2.75, pelajar tiada pilihan lain dari mengambil laluan kerjaya. Senarai kursus yang harus di ambil oleh pelajar adalah seperti berikut:
Part 5
ENT 300 Fundamentals of Entrepreneurship.
BIO 300 Biological Techniques and Skills
CHM 301 Organic Chemistry 2
PHY 310 Modern Physics
PHY 351 Materials Science
Jumlah jam kredit untuk semester ni, 15. Yakni, 3 jam kredit bagi tiap subject. And ENT tu senior aku cakap stress giler tahan Gaban.
UPDATE: UNTUK SEM 5, KENA PILIH SAMADA NAK AMBIK BIO310 ATAU PHY 351.
Part 6
BIO 320 Introduction to biological Diversity
CHM 260 Basic Instrumental Analysis
CHM 361 Inorganic Chemistry
PHY 360 Physics Laboratory
Jumlah jam kredit 12, 3 jam kredit untuk tiap subject.
Next, bagi laluan kerjaya ni untuk pelajar yang kurang bernasib baik(harap ALLAH BAGI AKU LALUAN AKADEMIK). Laluan ni untuk mereka yang dapat CGPA kurang dari 2.75 ataupun mereka yang mendapat pointer TINGGI dari 2.75 tetapi berminat untuk BERKERJA. So, pada pelajar yang dapat results gempak(macam kawan aku), kira untung lah sebab diorang boleh pilih samada nak sambung belajar or kerja je terus. Perbezaan Subject antara laluan kerjaya dengan akademik ni ialah, siapa yang ambik laluan kerjaya ni akan di dedahkan dengan subjek-subjek yang related dengan bidang kerjaya. Maybe itu course untuk mempersediakan kita untuk alam kerjaya kot. ADA BYK COURSE YANG DISEDIAKAN. Tapi, unfortunately aku lupa nak ambik salinan course elektif tu. Ok, subjek yang perlu diambil oleh pelajar yang ambik laluan ni adalah:
Part 5
ENT 300 Fundamentals of ETR
BIO 300 Biological techniques and skills
PHY 340 Electronics
Elektif 1
Elektif 2
Jamkredit 15, tiap subject 3 jam kredit.
Part 6
BIO 320 Introduction to Biological Diversity
CHM 260 Basic instrumental Analysis
PHY 360 Physical Lab
Elektif 3
Jam kreditnya 12, 3 jam kredit untuk tiap subject.
ELEKTIF tu lah pilihan-pilihan course lain. BTW, kalau akulah kan, aku akan ambik course ladang cuz orang cakap kalau kerja kat ladang ni gaji tinggi dan senang nak naik manager(yelah tue, mana ada benda senang dalam dunia ni!!)
So, bagi aku dua-dua laluan pun ok. Tapi, apa salahnya kita nak sambung degree terus kan?? Lagipun, lepas ambik diploma sains ni kita boleh sambung dalam bidang kritikal seperti medical, pergigian, dan pharmacy. Tapi dengan syarat, Pointer kena meletup PRAK BUM-BUM lah. InsyaALLAH, aku tengah usaha nak naikkan pointer ni dan agak terkejar-kerjar juga lah. Tapi, insyaALLAH, doakan SY ya. Seriooooously, sangat-sangat nak sambung dalam bidang kritikal kalau ada rezeki. That, it for now I think. Assalamualaikum dan salam sejahtera.^^.