Cara Efektif Hilangkan Berat

Assalamualaikum WBT

Okeh, tajuk entry tu bukan bermaksud aku nak share cara-cara menguruskan badan. Aku bukan TOKO JAMU, or jual produk menguruskan badan. Hehe. Well, aku excited gak, cuz aku baru tahu yang aku hilang 5 kg dalam 2 minggu. 

Well, antara cara yang agak berkesan bagi aku(tertaklut pada orang gak):

1) Aku makan 2 kali sehari

2) Aku ambik lauk banyak giler, tapi tak habis(buruk perangai)

3) Aku puji kawan aku kurus.(ndak masuk akal). even perut dia dah boleh ajdi pelampung dah.

4) AKU STRESS EXAM

Bagi aku cara ke empat yang buat aku kurang 5 kilo dalam 2 minggu. Masa semester 3 dulu, berat aku before exam 52, tup-tup turun pergi 48. 
And before exam hari tu aku cek berat aku 55++(Alhamdulillah,balance),
and pagi tadi aku dengan semangatnya curious samada berat badan aku meningkat ke?? Nak jugak kan dapat berat badan i deal, atleast bley dapat 6 pack( tekentut2 aku kalau pikir benda ni). dan aku terkejut, cuz berat aku sekarang 50 KG. Giler ringan. 

Padahal, bukan main excited lagi kawan aku puji-puji keseksian perut aku. Asyik-asyik kutuk aku jak. Mentang-mentang aku dah naik badan. So antara benda yang aku stress, adalah exam. Kalau exam, komfem ndak cukup tidur. So bila ndak cukup tidur, badan kita akan consume lagi banyak tenaga. So, kurang yang kenak save. And sebabkan belajar, lagi banyak yang kena proses jadi tenaga. So, itu jak kot konklusi yang aku boleh buat. Tapi tetap, aku rasa perut aku ni masih lagi berlapis-lapis. Silap hari bulan, boleh jadi kipas ni. 

0 comments:

Post a Comment

sia rasa:

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...