Atok aku yang tercinta

Assalamualaikum WBT

Akhirnya aku dah Sampai KK after spent a few days at Tawau visiting my Grandparents with my mom and bro. Giler lama ndak jumpa diorang. Mak aku join secara spontannya cuz dia rindu sangat kat bapak dia or atok aku(kami panggil dia Bapak Aji(haji)). Bapak aji aku ni jenis yang pendiam tau. Second day kami kat taman Mellinium Tawau, dia ajak pergi surau. Dia ni jenis yang jaga solat. Alhamdulillah, berkat tu Allah masih pelihara kesihatan dia even dah nak masuk 90 tahun dah umur dia. 
Paling aku ndak boleh lupa bila masuk hari ke 3 kalau tak silap. Haritu diorang start renovate rumah, so pak aji aku ni senanglah untuk merajinkan dirinya. Nenek aku(mak aji)  pulak yang emo dia cakap 

“sibuk jak kat sana, dahlah pakai seluar pendek dengan songkoknya lagi”.

Pak aji aku ni memang begini, dia aktif. Even dah tua masih lagi sibuk sendiri. Ruang kat depan rumah habis dah subur dengan tanaman dia. Siap ada pokok mangga lagi ya. 

 Aku terhibur tengok gelagat pak aji aku ngan mak aji and tiba-tiba mengalami keboringan yang teramat. So aku naik bilik, and online. Tiba-tiba pulak atok aku masuk bilik. Sibuk selongkar almari. So aku continue ja lah online.

“Prutttt”

Okeh, bapak aji aku kentut. Betul-betul depan aku. And I was in awkwad moment. Kalau ketawa kena cakap biadap pulak. Kalau diam, tak kah malu pak aji aku tuh. So aku pun ketawa lah. Then aku cakap

“Agak-agaklah pak aji, kuat lagi tuh”

Trus dia ketawa ya. Then dia cakap

“Baguslah saya terkentut, penyakit keluar” dengan muka yg slumber

Arghh, kirigitan aku ketawa

“Kalau orang putih cakap, NICE SMELL” “Nice Smell”

Kata pak aji aku.

Punyalah aku berguling-guling ketawa. Giler, terror gak pak aji aku ni speaking even dia dulu ndak skolah. Pengalaman dia kot. Tapi, yang best nya dia ni kalau mak aku mintak hantar kemana pun dia ok jak. Even dah di larang drive cuz balik-balik eksiden. And bila eksiden, even salah dia. Dia akan marah orang yang dia terlanggar tuh. Adeh, kenalah layan. Pak aji aku. Bila lagi kan nak layan?? Hehe. Kbai  ^^

0 comments:

Post a Comment

sia rasa:

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...