Assalamualaikum WBT
Harini aku nak share few tips untuk mereka yang dah habis diploma or tengah berada dalam semester akhir diploma. Sebelum ni aku dari diploma sains UiTM. So maybe tips ni applicable untuk pelajar lepasan diploma sains je kot.
Antara benda yang kau kena consider is POINTER. Pointer kau sangat-sangat memberi effect kepada pemilihan kursus kau. Kalau CGPA kau 3.96 or 3.9, boleh lah letak medic or dental. Masa aku masuk degree haritu, aku ada jumpa dekan fakulti pergigian UiTM. Dia cakap, semua student yang dapat dentistry UiTM, pointer diorang 3.96 bagi lepasan matrix dan asasi. So, assumption aku, peajar lepasan diploma yang dapat kursus ni, pointer diorang in average of 3.89 for CGPA and above. Sebab, kita ada quota sendiri untuk pelajar lepasan diploma. Tapi, please bear in mind, quota tu terbuka untuk pelajar lepasan diploma yang lain jugak. Bukan specifically for diploma in science only(dip farmasi, microbiology dan lain2). Senior aku, CGPA 3.82, dia letak medic first option then pharmacy. Alhamdulillah dia dapat Farmasi dekat PALAM. AS for medic, cut off pointer is 3.93.
Berkaitan pointer, kalau pointer kau lepas minimum requirement, but still tak capai 3.9 and kau nak mohon medic, better letak backup untuk pilihan kau yang lain. Sebab dalam penerapan diploma ni kita akan diberikan 4 pilihan, so pilih berdasarkan priority. Kawan aku 3.78, dapat pilihan ke empat dia. Thank god. Dia bubuh farmasi, medic, oil and gas baru chemical engineering tak silap.
Sorang lagi kawan aku CGPA 3.74 tak silap, dia letak ke empat-empat pilihan health science, dan end up tak dapat langsung. See?? Gamble right. Sama lah macam aku. I put medic, farmasi then chemical. Pastu dapat chemical. Kalau nak farmasi, pelajar lepasan diploma pointer kena lebih 3.8. Memang itu syarat dia. And, no C masa spm, kalau tak kena buat rayuan dengan lembaga farmasi.
Tapi, bagi mereka yang CGPA lebih dari 3.5 dan nak sangat furthur medic, anda relax anda tenanang, UiTM kan ada hantar student ke UNHAS. So, apply jer. In Sha ALLAH dapat, sebab member aku 3.5++ dapat jer medic kat UNHAS tue. Cuma yang susah sikit, habis jer degree kau kena bayar pinjaman tue. Aku haritu, gatal tangan jugak nak mohon medic UNHAS nie, tapi disebabkan beberapa faktor yang aku sendiri tak dapat nak elak, then aku lupakan je niat aku tue.
Selain dari pointer, aku nak cakap pasal Backup. Yelah, kalau kau tak dapat pilihan pertama kau, mesti diorang akan tengok pilihan seterusnya right? So, in case kau letak medic pilihan pertama, then yang ke dua letak lah farmasi(kalau pointer lebih dari 3.8 ler), biomolecules, and seangkatan dengannnya. Yang dimana kau rasa kau akan minat bila kau study benda tue. Jangan jadi macam aku, konfiden letak chemical. Last-last aku sendiri yang stress, cuz belambak fizik. Tapi, alhamdulillah. aku rasa sem 1 ni, not bad jugak lah. Syukur Ya ALLAH.
Next, aku nak cakap pasal kawan. Yeah, aku tahu. Sometimes ada yang plan nak sambung degree sama-sama right? Yealah, besties forever. Tapi, sila faham. Kalau pointer kamu semua tak sama, so benda ni sangat gamble. Why? nanti kamu semua akan berselerak di seluruh malaysia. Manatau ada yang kena perlis, johor, pahang sarawak dan lain2. Seriusly, perasaan bila kau sendiri jer, memang sakit. Macam yang aku rasalah, jujur kehidupan degree aku sunyi masa 2 bulan awal tue. Tapi, as times goes by, Allah pertemukan aku dengan insan2 yang bergelar sahabat, not im not alone, classmates, roomates, family dan besties aku banyak support. Roomate aku pun gempak, budak akaun, fesyen, mechanical. So, agak variety gak kat bilik aku tue.
For engineering, as aku sekarang furthur Chemical Engineering UiTM Shah Alam, aku nak share jugak lah few tips untuk mereka yang berminat nak masuk faculty ni.
Okeh, kalau kau minat kimia, seriusly fikir lah 2 3 kali sebelum letak chemical engineering. Sebab, nanti bukan kimia je kau akan belajar. It is more to physics, and fizik dia bukan macam matrix, diploma or asasi. Sangat advance, aku belajar fluid flow harituh macam nak mampos, sehari sebelum exam aku tak tidur langsung. Takut repeat. Nasib jugak carry mark okeh.
FYI, kalau nak letak chemical engineering, letak jer. InshaALLAH dapat. Haritu, cut off pointer untuk chemical engineering is 3.68. So, sapa yang dapat lebih dari 3.68 in sha ALLAH dapat. Tapi ada jugak some of my friends yang dapat even tak samapai pun pointer ni. Allahuallam.
Next, im gonna takl about CIVIL and Oil and Gas course. Kepada pelajar lepasan diploma sains, jangan lah nak letak civil and oil and gas. Komfem kena reject. Even kawan aku dapat 3.82 tak lepas Civil disebabkan student diploma diorang pun ramai jugak tak dapat degree civil.
Oil and gas pulak, aku tanya lecturer aku tuh, dia tak ambik lepasan diploma lain selain lepasan diploma chemical engineering. Why? Dia kata subjek O&G ni lain dari yang lain. Tu yang aku tak puas hati sebenarnya, sebab even subject dia lain, tapi kan kami akan start dari sem 1 balik. So start dari zero lah. Tak kisah lah subjek tu lain ker ape. Yang penting kami ambik balik.
So, sesiapa yang nak letak pilihan tuk degree ni. Silalah fikir masak-masak. Jangan konfiden sangat dengan pointer anda. Sebab, ada yang 4 flat pun tak dapat pilihan pertama.(my friend case dari matrix). Banyakkan berdoa dan istiqarah. Allah jugak lah penentu yang terbaik..
Assalamualaikum
55 comments:
assalamualaikum ..
acctually saya nak tanye sikit pasal penerapan diploma nie .
penerapan nie kan die based on result sem 5 ke sem 6 erk ?
and penting tak result muet kalau apply dlm penerapan ? i mean membantu tak if dpt result muet band tinggi ..
ok thanks :)
@Anonymous
Waalaikumsallam....penerapan diploma ni akan tengok fully cgpa...so cgpa untuk sem 6 lah..huhuhuh......
sebelum ni muet tak penting..tapi untuk kemasukan tahun ni MUET is a must.....
Bantu or tak...sebenarnya bergantung dengan kursus.....
Kalau tesl n undang2... Band 4 is a must...
Medic, dental farmasi, band 3
So its a matter of requirement acctually. Kawan saya 3.96..... muet band 2, mohon medic, langsung tak dapat.....
salam .. nak tanye dalam borang penerapan tu mintak penglibatan koku ..
so kalau tak berapa aktif dlm kelab atau persatuan mase diploma , effect tak result penerapan tu ?
kalau letak penglibatan koku mase zaman spm dulu boleh tak ? Haha :p
@Anonymous Waalaikum sallam.... tuk koku memang letak yang kita ambik masa SPM punyer tue........
effect, tak pasti sgt...huhuhuh
salam
boleh tak nak tahu cgpa awak and 4 pilihan yg awak buat mase penerapan ..
tq
@Anonymous haha..cgpa tue ssh nak g tau..tapi saya dpt 3.7+ jer..tak tinggi macamorg lain..cuz i start with only 3.5+ during my first sem..cgpa ni mmg susah sikit nak naikkan right??
antara medic , dentist dgn farmasi , which one yg paling tinggi qualification requirement for diploma student ?
confused sistem pointer nie , tgk kat page uitm utk dentistry or medic both kena cgpa 3.5 and farmasi kena 3.8 cgpa , but in your senior case yg dpt farmasi tu dpt 3.82 cgpa .. and die still apply medic gak utk penerapan .. why not die tak boleh dpt first choice die ?
sorry soalan mcm merapu sikit bunyi :)
salam alaik. hai , saya student part 6 uitm Jengka ! nice to see someone budak perdipsa berblogging but far from jengka . hihi . so nak tanya sikit boleh ? camne nak apply UNHAS tu ? btw alhamdulillah cgpa sy lebih dari 3.9 :)
@Anonymous salam..ok for my senior case....pointer dia tak cukup tuk ambik medic..kalau dpt 3.9, saya rasa memang akan dapat medic, cuz we have quota for diploma student..........
in terms of requirement, for UiTM, Dental paling tinggi, then medic and farmasi. But, untuk diploma, as i mention earlier, disebabkan kita ada quota sendiri, maybe requirement rendah sedikit. Nak medic, maybe 3.9 dah dapat dah.
masa konvo haritu ada jumpa sorang budak dip, cgpa 3.93, dapat medic
@Anonymous waalikumsallam, wah..tahniah for ur results, for me, better apply dalam malaysia je. Ur pointer is strong enough to secure seat in Malaysia. I mean UiTM. Tapi kalau nak apply unhas, nanti dekan medic akan send message to u after results exam part 6 dah kuar, then u can apply.
Trust me, in sha ALLAH u'll get medic UiTM with ur current cgpa
salam ..
about UNHAS tu kan ? everything kite tanggung ke ape ?
maksudnye dari awal sampai habis degree ?
sebab ade member dpt sane .. and utk apply nie kena undergo interview oleh pihak unhas sendiri .. then interview tu punye fees sangat laaaaa mahal around RM400++ ..
imagine la, buat nye tak dapat kan dah frust menonggeng .. bukan nak bad influence , tapi kena expect the unexpected :)
life expenses lagi kat sane ..
sorry just my to cents ..
@Anonymous
Waalaikumsallam..amboi panjang nya...sy try jwb erk..
bismillah..
about UNHAS tu kan ? everything kite tanggung ke ape ?
maksudnye dari awal sampai habis degree ?:
Jwpn : Nope, acctually yang interview tu untuk secure seat sama jumpa boad UiTM sebab nak mohon dana pendidikan ke UNHAS. Diorang akan tanggung semua perbelanjaan anda. Cuma awl2 tu kena guna duit sendiri lah. I mean for ticket flight n sara hidup. Kwn sy ckp tak lari rm 1K jugak dia belanja....
Yang interview tu., bagi saya kalau minat why not kan?? Cuz kebanyakan U kat malaysia cut off point untuk medicine 4flat or 3.93(UiTM). kwn sy dpt 3.5++ pun dah secure seat kat sana. Kebanyakan nya yang attend interview dpt, tapi ada gak yang tak pergi cuz dapat course yang diorang memang nak kat Malaysia.
salam .. nak tanye
as for diploma student UITM sem 6 , boleh ke nak apply UPU ?
sebab as far as i know , starting from your batch .. UPU dah tak boleh apply since result sem 6 pon tak keluar lagi .. if nak jugak apply UPU , kena masuk next intake .. am i right ?
tapi , ade je few friends of mine beli je no pin UPU and apply as their "back-up" which i think it's worthless ..
in this case , kalau apply UPU influence tak result penerapan ?
thanks a lot !
@Anonymous wasallam..... kalau u ask UPU directly lagi baik, but im expecting jawapan yang diberikan tidak akan memuaskan anda. infact diorang akan cakap tak boleh. Macam my batch last year. A bit annoying ACCtually.
Frankly speaking, sy pun beli gak UPU, but bila diorang ckp kitorang tak boleh isi then i forget it. And that was my biggest mistake.
Why?? dipendekkan cerita, after i went to my current course that i am taking, ada jugak sorang budak dari dip industrial chemistry UiTM. Dia dapat same course as me, dan dia grad sama ngan saya.
After a week dekat s.alam, tiba2 dia dapat call. Rayuan for chemical engin at UPM had been approved.
So, my advise, do ur best for the sake of ur future. I mean, give some effort and never think that ur effort is worthless. Even x dapat UPU pun, still u've tried ur best.
FYI, based on pattern yang sy tengok, we, diploma holders memang takkan dapat UPU for direct intake, but rayuan ada probability tuk dapat, cuz masa rayuan tu u can send ur full transcript to UPU.
Never do the same thing like we did. pihak upu ckp tak boleh isi, so we just leave it like that.
Allahuallam, hope this will help u.
oh ok i see .. thank a lot though for your opinion
so your main point is just try apply it even the possibility to be selected is quite low ..
all right , rezeki ada di-mana-mana :)
@Anonymous Wc..yeah....rezeki ada di mana2...manatau ur luck...
kes untuk rayuan UPU kena via online or ade procedure dia sendiri (kena pergi jumpe pejabat or else ) ?
Assalamualaikum ..
nanti mase first sem degree , ade HBU lagi ke ?
takut pulak nak masuk alam ijazah nie ^^
@Anonymous untuk rayuan saya kurang pasti, itu boleh try call UPU direct for confirmation. Tapi, usaha jer, jumpa UPU lagi baik. Usaha tu milik kita right?? Allah bagi setimpal ngan usaha, u try jer. If im not mistaken, masa UPU dah kuar, Transcript full dah boleh print,i think thats the right time for u to send ur full transcript....
@Anonymous Haha. no worries, budak dari matrix, asasi, n lepasan dip ipt lain sahaja yang ada HBU. Saya rilex jer, tidor kat umah, or tengok korea. hehe...
@Anonymous Haha. no worries, budak dari matrix, asasi, n lepasan dip ipt lain sahaja yang ada HBU. Saya rilex jer, tidor kat umah, or tengok korea. hehe...
salam ..
result SPM sangat mempengaruhi ke kalau nak apply course yg hardcore mcm medic, farmasi or dentist ?
if mase spm bio, chem and fizik dapat B+ je voleh ke apply medic or dentist ?
@Anonymous based on pengalaman..yeah...sangat2 penting.... need to atleast dpt B..... fizik, kimia, bio, math, addmath...so based on ur results..i think boleh kot..as lon as ur cgpa okeh..
saya berminat nak apply scholar jpa .. bile ye tarikh utk mohon ?
@Anonymous cek portal time to time
@Anonymous cek portal time to time
salam :) semoga anda sihat sejahtera. saya nk tanye, jika saya ni lepasan asasi pertanian dan dapat pointer 3.5 and above.. minimum untuk amek medic! namun saya nak amek medic jugak sangat2!!! boleh ke saya mohon unhas? under mara? hope anda jawab! sbb saya upu asasi upm first choice dan asasi uitm fourth choice.....(errr saya sangat stress dan cuak!!!) kawab saya ex palam, die memang nk sangat amik medic but pointer di 3.5 minumum gitu, then dia dapat offer unhas! tqqqq menjawabkan
@Jieha Chuww waalaikumsallam......pasal tu sy x berani nak ckp...u try tnya dekan medic.....cari mail dier dekat google....rasanya boleh.....cuz u learn bio jugak.........tp usually diorang offer to lepasan dip and ex palam jer.....pinjaman tu..pinjaman uitm...so u berhutang dgn uitm..not mara...setakat ni mara x offer..xtau lah batch untuk september intake ni..hehe..hrp membantu
assalamualikum w.b.t
saya nak tanye , adakah peluang utk apply medic masih ada sekiranye seseorang itu mempunyai masalah kesihatan walaupun cgpa 4 flat ?
@Anonymous please define sakit??? sakit apa??? ada certain criteria yg kena ikut such as xde hepatitis B..yg lain x pasti sgt..tahniah dpt 4 flat
salam... just nak tanye.. kalau dapat buat diploma sains kat uitm, pinjaman ape yg boleh mintak? utk dip, elaun bulan2 takde ke?
Salam. Saya ex asasi palam . Soalan saya ialah
1. berapa minimum requirement yg diperlukan untuk amik course chem. engineering uitm bagi ex asasi? Sebab cgpa saya is not that good.
2. susah sgt ke chem. engineering? Saya minat chemistry but tak brapa minat dgn physics. Bole tak org mcm saya ni nak carry course tu nanti?
3. Last question is course ni bnyk peluang pekerjaan tak? Sbb based on apa yg saya dgr, kerja melibatkan course ni bnyk berpihak kpd kaum adam instead of kaum hawa. Wallahualam ni berdasarkan apa saya dgr. Correct me if im wrong.
maaf terbanyak tanya pulak :) terima kasih.
Halo bleh tanya.. kalau lepasan diploma sains uitm boleh sambung di universiti lain ka mcm ukm ka um ka usm ka..
sama kalau semester 3 ni apply biasiswa jpa time diploma, boleh ka tu? misalnya la dapat, ptptn tu mesti bayar sekaligus ka? x boleh ansur2?
dan.....yang best student uitm sabah dip sains yg batch kamurang hari tu dia sambung bidang apa skrg?
salam..saya baca comment2 kat atas tu and awak kata kita yg apply dip sains ni tak boleh apply upu? habis tu macam mana awak apply utk degree awak?melalui apa? thank you in advance ! :)
salam..awak kata kita yg ambil dip in sains ni tak boleh mohon upu then awak apply for degree awak through apa? thank u in advance ! :)
Salam. Cgpa saya 3.49. Saya ada mohon kos occupational therapy dgn kesihatan persekitaran. Ada harapan lg tak utk kos ni? Thanks :)
kalau pelajar penerapan memang akan dikecualikan dari HBU dari sem 1 sampai 3 ke ? memang tak terlibat dgn HBU kan ? BEL dgn CTU macam mane lak ?
As salam Ahmad ismi..sy dip sains jgk n skrg last sem..
Sy nk tya,,my pointer so far not so good..cgpa 3.63 je..blum msukkan part 6 ag sbb x exam ag..he
Btw,,sy nk tya.. Lau sy nk apply Ijazah Sarjana muda teknologi makmal perubatan (TMP) or another one is biomedic,,lepas x ngn pointer nie? Sbb sy tgt requirement uitm 2.7+ tuk TMP
Tu minimum..tp skrg sbb rmai students yg hebat2..
N stu ag,,tahu x deg ape lagi yg fully related to biology..Yg tade phy n subjek mengira..
Hope dpt reply..thnks
Salam..sye nk tye berkenaan farmasi.sye punye cgpa 3.96..tp spm sye ade c+ tuk bio n admate.means krne buat rayuan ngn lembaga farmasi la ni..n one more thing cerah x pluang for diploma uitm holder tuk mohon usm or upu with that cgpa...
Nk apply medic unhas.. result spm ambik kira tak? At least kne dpt brpe?
As salam..sy last sem dah dip science..nk tya,,tuk penerapan uitm,,program ape ek yang ada n bleh dipohon? Dgr2 cita tuk sains kesihatan smua intake bln 9..hope u can reply ASAP..sbb 29 ni dah stat isi..thnks
Slm..sy stdnt dip sains with cgpa 3.81..agk2 lau sy apply frmsi dpt x? Pning da pk...
Salam, saya baru je dapat result spm iaitu cuma 4A5B(kimia/A-,Physics/B,Addmath/B+,Math/A). Agak agak boleh tak saya diterima untuk course diploma chemical engineering ?
Salam, keputusan spm saya 4A5B(kimia/A-,math/A,addmath/B+,physics/B) agak agaknya saya diterima tak kalau nak amik diploma course chemical engineering?
salam...nak tanya,utk appy unhas tu saya ade bace yg awak kata dekan medic akan sent message...send massage tu macm mane?by email ker mcm mane or melalui studnet portal
Salam saya dari diploma sains jugak part 5,nak tya sikit yg utk penerapan ni boleh isi kos dalm fakulti sains gunaan jugak ke? Kalau taknak fakulti sains gunaan dah tp nk kos yg dalam fakulti sains kesihatan mcm dietetik uitm boleh ke?
Abg saya nak tanya ni,lepas hbis dip sains tu abg mohon penerapan uitm je ke? Upu abg mohon tak? Saya dlm dilema ni sbb ada org ckp klu lepasan dip uitm better apply penerapan uitm jgk sbb klu apply dua2 kebarangkalian mmg xdapat lgsung.terima kasih
Best blog that i've read so far.the concluding is uttermost soothing.do pray for me-sya nk further deg pharm n currently finishing dip pharm😌
slm. sy nak sedikit pencerahan. sy penuntut sem 5(sem akhir) diploma in accountancy, uitm tp cgpa until sem 4 tak brapa cantik 2.90, muet band 3. apakah peluang yg saya ada untuk sambung degree uitm? blh tolong sy dptkan info lanjut? tk
salam nak tanya. eventho post ni mcm dah lama tapi berminat nak tau pasal requirement Unhas tu, dia tgk result SPM jugak ke ye?
ASSALAMUALAIKUM W.B.T ,
Saya nak tanya , kalau D kimia masa SPM even cgpa dip sc above 3.5 still boleh apply ke Medis UNHAS tu ? And macam mana ya nak apply Medic UiTM-UNHAS tu ? kena ambil borang dekat mana2 department Or macam mana ? and bila bOleh apply ya ? Terima Kasih .
Assalam. Betol ke result penerapan untuk fakulti sains kesihatan bulan 6 or 7
Borang tu boleh download kt laman web hea uitm. Or search google borang unhas hea uitm.
as salam, nak tnya klau pointer dlmm average 3.1-3.2 but then apply for sc kesihatan uitm ada potensi bleh dpt tk?
Saya ada tengok entry requirement utk masuk dentist.... spm pun nak score b dalam bio,phy,chemis,m3 ...klau tak score mcm mana tu???
Boleh tak apply dentist eventhough cgpa cun tapi tak score spm
Post a Comment
sia rasa: