About Me

Semester 5 Diploma In Science(Updated)

ASSALAMUALAIKUM WBT

Before You continue, Do click the "Thanks for Ur click" bars. Some interesting things to be discover.

Alhamdulillah, aku dah habis dah part 5 DIPLOMA SAINS @ AS120 aku. Course aku takda practical, so sem depan masih ada dalam kampus. Jeles tengok Budak ladang pergi practical. Rezeki diorang kan. Apa boleh buat. By the way, aku rasa part kami antara yang paling awal habis exam untuk sem ni. Wah, bangga. Tapi, kami lah jugak pembuka pagar EXAM. Jeles bila pikir senior kami dulu, Kami dah berapa paper baru diorang start, then bila dorang dah habis, kami masih lagi ada beberapa paper. hampeh!! Apapun, sekali lagi, memang rezeki diorang. Buat apa nak pikirkan sangat, insyaALLAH takda penyesalan. Tapi, bagi aku lebih baik lambat habis cuz banyak gap antara subjek, dari awal habis tapi gap antara subjek hampeh. Boleh belajar(yalah tu, aku komfem tidur memanjang).

First paper aku, ENT 300 ataupun introduction to entrepreunership. Subjek kacang tuk budak-budak business. Betul kah?? Tapi, yang inilah yang lecturer aku cakap. But, still for me, kacang kalau diorang study. Kalau tak study, haram jadah gak nak lulus kan? Itu bukan alasan, biarlah dia budak Medic kah, budak Bio kah, budak sastera kah, kalau nak ambik subjek business, itu bukan alasan. yang penting Usaha. Aku dah buat past year and insyaALLAH kalau rezeki, boleh lah dapat lulus. Soalan dia, kalau bahagian true/false asyik ulang-ulang jak tiap tahun. Sem ni, aku bertuah sikit cuz soalan dia tanya pasl OPERATIONAL. Aku pun apa lagi lah, lukis jak LAYOUT business guna kekreatifan aku. Wahaha, kecian lecturer aku, tahan hati jak tengok lukisan aku kali. Btw, lecturer subjek ni memang terbaik, dia paham cuz kami ni budak sains. And every sem, senior kami pun dia yang ajar, cuz budak sains ni otak dia sucy(from his opinion lah) dari benda-benda business ni. Mr Franklin Hazley Lai. memang cool. DIa ajar dengan cara kreatif, and thank god we managed to digested it well. Dia siap buat bengkel lagi untuk tolong kami siapkan business plan. i mean with his guide. god bless u sir always. 

Paper ke 2, dua hari gap dari ENT 300, PYH 310. Allahuallam, agak ok lah. Tapi aku sedikit trauma cuz tersalah guna formula. Bila dah keluar, baru aku sedar. Sumpah nyesal join kawan-kawan aku bincang after paper. Tapi ni memang habit dah, apa boleh buat kan? Tapi, Miss Nurul infazah memang best, dia adalah lecturer baru yang best. Even kami first batch yang dia ajar, even dia sometimes aku tengok ada blank sikit dengan perangai kami, even dia hanya tua 2 tahun dari aku, well, she's cool man. Memang sesuai jadi lecturer.

Then, gap yang SANGATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT panjang. Lebih kurang seminggu. Baru lah paper BIO 310. Paper ni, Alhamdulillah apa yang lecturer aku suruh baca and paham ada keluar. Ovarian Cycle, Fuct of Testis,Inheritance, Bloodcirculation. semua yang aku baca keluar, Atfirst menyesal ambik BIO 310 ni. Tapi syukur gak, cuz kalau aku ambik PHY 351, belum tentu aku dapat jawab. Kawan aku yang ambik paper tu pun emoC giler, cuz tak sama ngan past year diorang kata. Tq Madam Norazrin, memang gempak. Masa sem 2, subjek dia pun aku dapat A. Giler, aku minat BIO. lagi-lagi kalau dia yang ajar. Super best.CUz dia jenis yang open, and dia beritahu application apa yang kami belajar ngan our daily life. For me its quiet interesting to learn bio from her. 

Then, 2 days after that, CHM 301. SUBJEK NI AKU PALING SUKA. Reason?? sebab lecturer dia GEMPAK berabis. Sumpah, sepanjang aku belajar CHM, dia adalah lecturer yang buat aku minat giler ngan CHM ni(Really miss the way he teach us now,UPDATED ON menuggu graduasi) Well, Miss DIANA pun sama gak. MR Mohd Hafiz Ahmad Tajuddin. Lecture dia, tak pernah aku escape except bila sakit. Even aku lambat bangun, aku akan pergi kelas dia. Cuz dia gempak, cara mengajar, even LAWAK tahap dewa, tapi semua apa yang dia ajar  masuk tau. We need humors dalam belajar. Even masa paper CHM 257 dulu aku rasa subjek ni sangat susah, tapi dengan guide dari Sir Hafiz, Alhamdulillah dapat gak aku keep up ngan CHM ni. Dia inspire aku tuk beranikan diri and buat aku rasa nak ganti minat aku kat chm(instead of BIO). Mmg organic chemistry gempak. Lagi pun sir ni tak lokek@kedekut masa. Dia sudi buat study group untuk student dia. Sem ni, ada gak kitaorang cakap nak buat study group sampai hari sabtu (more to conference), even ahad ada exam dah,  At first dia cakap 

"saya ada something yang korang takde"

Yakni "Family"

Giler ketawa aku, hebat tul dia buat lawak. tapi, memang best CHM hari tu even ada 1 soalan aku tersalah n hilang 3 markah free cuz kecuaian melampau.  Tapi, mr Hafiz mmg gempak. We salute u sir ^^. 

May Allah bless u All dear lecturers. Hanya tuhan mampu membalas jasa baik anda semua. ^^. Sekarang tinggal countdown for our exam results that will be reveal on early Nov. Hopefully, everythings gonna be okay . Apapun, goodluck to those yang bakal masuk sem 5 dis @ As120 UiTM. My advice

BIO 300 = cari supervisor yang ok(Alhamdulillah we got MR Makdi yang ok even baru festime mengajar), then cari reliable friend.

ENT 300 = sir Aku pun advise cari orang yang kamu boleh trust,and boleh buat kerja ngan baik

PHY 310 = awal-awal lah buat past year(Nyesal, sy x dpt score A..tapi dapat adik dier, A-)

BIO 310 = No Lab, cuma seminggu sekali jak jumpa for lecture, so aku malas lah nak baca. Tapi, bila ada test n quiz baru kelam kabut. tapi, Alhamdulillah, ok gak apa yang akau dapat. InsyaALLAH boleh..

PHY 351= aku no komen. Pilihan d tangan anda.

CHM 301= Past year buat banyak-banyak. Tapi, Sir Aku cakap, kalau korang dah master CHM257, insyaALLAH CHM 301 ni ok. For me, it is easier compare to CHM 257. ^^

7 comments:

Anonymous said...

NAk tanya masa bio 300 project kan? tiada final? Nak tanya kamu buat apa jah untuk project tuu...

Unknown said...

@anon : yupz xda final..kami buat experiment bacteria...sumpah..susah..better ambik yang simple..yang senang dapat results..kwn sy yg senang dpt results --> extraction.....kami dekat 2 bulan gak kaji bakteria...time consuming

Anonymous said...

Owhh. thanks ya info untuk bio300. Lain yang kawan kawan kamu buat? Saya mahu idea untuk buat project tuu. hehe

Unknown said...

kwn ada yg buat extraction dari bahan yg kami dpt masa field trip kat hutan..ada yg buat pasal marin ecology..ikan apa yg ada n diorang study anatomy of fish..then ada tgkp butterfly..ada yg kaji kandungan bahan dalam air.....advance nya kamu..goodluck...owh ya..ada gak yg buat Bedak from ntah apa yg diorang dpt kat hutan...ada yg buat mushroom..cari mushroom sepanjang hutan masa kitorang fied trip...

Anonymous said...

Terima kasih banyak banyak, banyak idea yang dapat :) Ada lagi tak yang kawan kawan kamu buat yang kamu ingat btw?

Anonymous said...

Nak tanya kalau dulu masa SPM takda Physic boleh ke dapat Diploma Sains ni? Dulu cuma ada Bio Chem & Addmath jer. Btw, kalau dapat susah tak? Cos tak penah belaja Physic ni.
And dah habis STPM tapi tulah pointer tak cukup == Kalau masuk Diploma okay tak??

Unknown said...

@scholastica erikqa ^^

Boleh bah. ada kwn sy x ambik bio pun masa SPM. last2 dapat pun. Results pun Ok. Yang penting masuk SINI..semua zero zero. Usaha yang membezakan. So struggle lah for PHY. Sy pun gitu. Lemah PHY. Alhamdulillah. Sekali dpt B, sekali dpt B+ yang lain sem sy dpt A.. Alhamdulillah ^^

Post a Comment

sia rasa:

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...