About Me

PENDIDIKAN KHAS, merubah destini golongan Khas

Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

sekolah
Hah, ni lah adikku yang bersekolah di Sekolah Pendidikan khas. 

  
Salam. Ok. Harini aq nak share something ni ngan sapa2 yg baca or TERBACA post ni k. Aq nak share pasal sekolah pendidikan khas. Aq pilih ni dalam tajuk post aq ni cuz adik aq yg ke 4 merupakan salah satu dari golongan yang tergolong dalam golongan ni. OK Fine. Aq terima seadanya dia. AQ CINTA DIA. Ceh, amat puitis ayatku.(LINDA JAN JELES). 
 Erm. Adik aq ni masa lahir dulu dia menghadapi masalah kesihatan. Ada 3 orang dalam keluarga ku yg mengalami G6PD. Aq yg first kenak. Tapi sikit jak. Then adikku yg ke 3 kenak kurang sikit. N adikku yg pend. Khas ni yang paling snegsara. Sakit kuning dia paling tinggi. So from that dia dkategorikan sebagai budak pendidikan khas. Dia ni lmbat sikit kalau mau belajar sesuatu 2. 
Tp as a bro aq ni yg paling selalu mrh dia. Hehe. Bikin belak bha dia kadanga2. Tp aq mrh cuz aq saying sama dia. Kalau pergi main. X tau balik. TBH. Sekarang dah tingkatan 1 dah dia. Dia dah pandai baca Al-Quran. N pernah jadi wakil Sabah untuk sekolah pendidikan khas dalam hafazan. Though x menang. Tp aq jeles. Dia dpt jalan2. Sekarang dia bersekolah d SMK TANSAU. Cian dia. Aq dgr dia kenak buli. Dia mengadu sama aq. Erm. Wahai GOLONGAN yg cerdik pandai (pembuli), tolonglah jangan buli dia. Diaorang ni perlu sokongan. Jangan dicabar fizikal dan mental dorang. Budak Pendidikan Khas lain dari budak yg normal. Drg perlukan special care OK. Erm.
Aq sebagai abang yg care(ceh puji diri pulak), aq selalu ckp kat adikku yg dia 2 sama mcm budak yang lain. Cuz takut dia rasa diri dia d pinggirkan. But, so far dial ah yang paling dikenali di antara kami adik beradik. Dia ni peramah bha. Haha. Sampai hari 2 ada dia pergi sapa sorang makcik ni kat KFC. Makcik 2 tnyak, “ADIK kamu”?? erm. So aq jwab lah “iya”. OK. Rupanya adikkuy masih ingat macik ni yg dijumpanya masa kenduri kahwin cousin aq. Beberapa bulan yang lalu(ingatan adikku power owh!!). Makcik 2 pun ckp dia hampir lupa, tp adikku yg tegur dia. Haha. 
Ok fine.  Dahlah aq cakap panjang lebar pasal adikku ni. Yg sekarang buat aq terkilan adalah tindakan segelintir orang yang mengajar adikku ni. Erm. Bukan aq mau menjatuhkan kredibiliti seorang cikgu. Tapi, cmon lah. Adikku takut mau pergi sekolah cuz kenak denda. Cikgu 2 suruh dia angkat kertas ujian dia lama2. Adikku 2 hari x mau pergi sekolah k. selama ini, cikgu yang ajar dia semua suka dia. N ada masih yg ingat dia k. cian bha dia. IF U READ THIS please, help Em. Cuz dia ni agak lambat dalam pelajaran. Harap dapat cari alternative lain untuk mengajar adik saya. Kalau denda jangan terlalu extreme. Takut budak2 ni. Ok, aq dah temuramah adikku. “kawan wan humban kertas kat muka wan, lepas 2 wan kenak denda”. Lepas 2 wan kena (TUT_______).  Biarlah kami jak yang tahu kan. Hehe. Tapi aq mmg respect guru pendidikan khas ni. Drg ni tabah. Sedia mau layan karenah budak2 pendidikan khas ni. 

PS: CNGRETS kpd cigu2 yg baik2 belaka yang sanggup ajar budak Pend. Khas ni.







4 comments:

iNsaN BiaSa... said...

kureng ko mie...sempat lagi ko mengutuk aku ah...haha..btw, bangga ada juga kawan aku yg jadi abng yg baik utk adik dia..heee...=D

Unknown said...

Hhaha...iyalah bha..bangga gak aku sama kau..^^V

iena said...

adik awk pendidikan khas? sy pun bakal guru pendidikan khas.. selalu jugaklah berhadapan dgn bdk2 pndidikan khas. diorg ni special tau.dia x nak pergi sekolah sbb cikgu tu guna pendekatan x sepatotnya. denda pun ada caranya. huhu. apapun, mmg mencabar nk jaga bdk2 pendidikan khas ni. kena kesabaran yg tinggi. hehe.. salam ziarah.. :)

Unknown said...

iya>?? mmg mncabar...sy pun smtimes layan karenah adik sy ni pun...dgn [penuh tabah..gudluck ya..insyaALLAH jadi cigu yg ohsemm..hehe

Post a Comment

sia rasa:

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...