About Me

Kolej Jati UiTM Shah Alam

Assalamualaikum WBT. 

Kali ni aku nak post pasal Kolej Jati UiTM Shah Alam. Pengalaman yang aku lalui kat tempat tu. Ni mengikut pengalaman aku lah. Aku duduk kolej ni satu sem je. Sem depan Allahuallam, harap dapat jugak lah kemudahan kolej. yelah, biasiswa tak masuk lagi. 

Kolej ni ada 6 blok, A for Apple, B for Ball, C D E F. Okeh, Enuf. Kolej ni macam Flat style. Yer, macam Flat PKNS. Tak silap aku, hostel ni before this adalah flat PKNS yang dibeli oleh UiTM untuk memuatkan pelajar nya yang comel, macho, lagi berketerampil seperti aku. Over sebentar.

Bangunannya agak usang, tetapi jangan risau. Agak selesa, anda boleh tidur sambil mimpi bidadari lagi. Okeh, itu aku hyperbola sikit. Baru ada feel right? 

Fisrt, aku nak kongsi pasal student yang ditempatkan ke teratak Jati ni. For my intake, student yang masuk hostel ni adalah dari fakulti Akaun, Fakulti Mechanical, Faculty Chemical dan Faculty art and design. Cuz, setakat ni budak-budak fac ni jer yang aku jumpa. Yang lain, sory, aku tak perasan sangat, sebab aku ni tak social sangat, bagai katak di bawah tempurung.  I mean, takde lah kan aku nak pergi bilik ke bilik nak tanya pasal course sorang-sorang kan? nanti sia-sia kena cop BUSYBODY.

Rumah dia ada dua jenis, yang 3 bilik dan 2 bilik. Masa daftar haritu, aku dapat rumah yang ada 3 bilik. Pakcik yang incharge tue tempatkan aku kat Blok B, Perabot F. bilik ke 3, which is bilik kecik terletak kat celah2 rumah tue. So, aku masuk and i was shock, kenapalah tak dapat perabot A or B, atleast dapat bilik besar sikit. Tup-tup dah habis daftar tu, aku konfiden keluar rumah, lepak rumah member kat serdang. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan panggilan dari sorang lelaki yang aku tak tahu asal usul nya.

"Hello, ni Ahmad ismi erk?"

"Yeah, ismi Speaking"

"Begini, Ismi, kamu dah ambik bilik saya, kamu daftar tu sebenarnya dalam bilik saya"

Then aku secara spontannya blur, kalau bilik tu bilik ngko, kenapa kunci ada ngan aku?? Right??? Ce citer. 

So, sebenarnya budak tue budak baru. Then, abang PM dah suruh diorang set by group yang nak serumah. As senior, cewah. Takdelah, aku kan dulu diploma, so aku pernah gak urus MDS, and ada lah certain case yang tersesat and tak faham system ni. So, sebagai sorang yang prihatin, aku pun mengalah. Esok nya aku pergi UiTM, then jumpa pegawai dan request pindah bilik. Sebenarnya aku tak nak masuk rumah tu disebabkan faktor bilik, aku nak dapat bilik yang besar, nak jugak dapat perabot A. Master bedroom tue. 

So, pakcik yang incharge tu masukkan aku dekat blok F, yeah. dapat perabot A. Alhamdulillah, master bedroom(suara hati ku berbisik). Bila dah sampai bilik tue, aku nak nangis pun ada jugak. Apalah nasib aku, dapat rumah yang ada 2 bilik jer. So aku and member aku Syuk, budak akaun, takde bilik. Kami dapat Ruang tamu. Yeah, ruang tamu. Kat ruang tamu tue lah ada perabot kami. Sob3. Apapun, bila dah progress, aku dah biasa dan bagi aku agak comfortable jugak, cuz boleh solat anywhere. 

So itu kisah aku masuk hostel tue.

For specification.

Rumah ni ada 2 jenis as i mention earlier. 
1) Rumah yang ada 3 bilik. Perabot A and B, master bedroom. C,D,E,F pulak bilik kecik sedikit compare to bilik master. Satu bilik, satu kipas. (ni macam tema 1 murid, 1 sukan lah pulak). And kedudukan kipas tu sungggggguh tak adil So sila nyanyi lagu yuna. Ini tidak adil, tidak adil bagiku.  Seriously, kipas tu tak center. And ada yang sangat-sangat rendah. Kawan aku sikit lagi putus tangan kena kipas tu. Ada yang siap kena kepala lagi, tu sangat extreme. Ada sinki, dan tandas setiap rumah. Yang 3 bilik ni kat Blok A, B, C, E tak silap. Ada meja, kerusi, locker. Locker takde kunci. Sila bawa extension, kalau tak komfem kau akan tension punyer. 


2) Rumah kedua ada 2 bilik, satu ruang tamu. Pelajar yang dapat perabot A and B, komfem dapat Ruang tamu. C,D,E,F pulak dapat bilik. Ada ruang dobi, tuk jemur pakaian, ada tandas. Macam yang lain jugak, satu bilik, satu kipas. Locker, meja belajar dan kerusi disediakan. 

Bagi aku, ada beberapa benda yang kalau ada, keadaan belajar kau akan lebih selesa.
1) Lampu belajar, sumpah lampu sangat malap. Kau akan senang mengantuk kalau belajar guna lampu rumah jer. Takde lampu belajar kat meja.

2) heater, malam2 boleh buat kopi. Or makan megi.

3) Printer, sumpah printing kat luar sangat mahal. Aku siap buat bisnes lagi kat sana. Member aku print, sekeping seposen, black and white. Colour 20 sen. Tapi, roomates aku tak charge, so beruntunglah sapa jadi roomate aku.

4) Insect repellent. Aku prefer guna yang letrik punyer. Sebab? SILA HARAP MAKLUM, Kes denggi kat hostel ni agak tinggi. Tiap sem ada kes denggi. Roomate aku kena suspect denggi hari tuh. Cian dier. PAs tu, aku pulak kena. Sumpah, sangat emosi disebabkan waktu tu exam. Aku tak dapat tidor malam. 

Tue semua depend dengan diri ngkorang lah. Korang kan dah jadi mahasiswa, so sila fikir mana yang baik and mana yang buruk tuk ngkorang. One more thing, tilam disediakan. Bantal tak. 

Yuran?? Okeh, even satu bilik ada dua orang. Tapi, sorang akan bayar rm 210 satu sem. Why? maybe diorang kira based on rumah. Not per room. 


Keselesaan?? First aku agak tak selesa, yelah. Tell me siapa yang selesa bila sampai tempat baru? After dah adapt, Alhamdulillah okeh. Roomate aku sangat okeh, even diorang dapat bilik, but they never shut the door off. Sentiasa dibuka seluas yang mungkin. But for me tempat ni agak selesa compare to few kolej yang ada kat s.alam ni dimana diorang takde tandas dan katil double decker. Syukur sangat dapat jati, even jauh dari faculty. Susah nak dapat bas.


Tapi, satu benda yang agak memeritkan kat tepat ni adalah masalah air, kalau dah amaran mati air. memang sakit, sebab kita takde air dari tangki. Aku, kalau dah takde air. Komfem aku mandi kat surau. Menyelinap macam spy.  Air nya tak sesuai untuk diminum.Better beli kat luar, guna water dispenser. Airnya sangat berkarat. Bad for your health.


Kemudahan? Okeh, kafe takde, but dekat ngan McD dan KFC. Also, ada food court yang terletak dekat ngan hostel tue. Kat food court tu, makanan agak sedap jugak lah. Kena ikut tempat, aku suka makan kat gerai che don, dan abc Pegaga. Sumpah mengidam. Kalau malam, ada pakcik jual Nasi lemak kat luar. Agak murah jugak lah. Kalau balik kelas malam, aku selalu melantap nasi lemak dah. Roomate cakap, muka aku dah ada iras-iras nasi lemak dah.

Surau ada, dan alhamdulillah sentiasa hidup. I mean ada orang solat lah. Sentiasa dibanjiri dengan pelajar. Surau ni terletak diantara blok D dan E. 

Dobi ada, rm 2.50 sekali guna. 

Setakat ni, itu jer kot aku boleh share. But, for me pandai2 lah bergaul. Doa, semoga ALLAH bagi roomate yang okeh. As for me, syukur Alhamdulillah dapat roomate yang sempoi jer. Syuk, Epul, Abu, Anan dan faiz. Never be replace, Sayonara, Assalamualaikum.

PICTURE: Ni jer aku mapu share, ignore apa yang patut di ignore



13 comments:

Anonymous said...

salam..ahmad ismi..sy nak tanye..kat kolej jati tu msh ada lagi ke pakcik jual nasi lemak atas lori? sbb saya teringin nasi lemak tu.. #pregnancycraving hehe.. bgi information k kalau masih ada. and week end pakcik tu ada x jual nasi lemak. TQVM
contact sy : ladymisslady99@yahoo.com

najah said...

salam..ahmad ismi..sy nak tanye..kat kolej jati tu msh ada lagi ke pakcik jual nasi lemak atas lori? sbb saya teringin nasi lemak tu.. #pregnancycraving hehe.. bgi information k kalau masih ada. and week end pakcik tu ada x jual nasi lemak. TQVM
contact sy : ladymisslady99@yahoo.com

najah said...

salam..sy nak tanye..masih ada lagi ke nasik lemak kat kolej jati tu. weekend msh ada x pakcik tu jual nasi lemak. sy teringin nak makan. dulu sy pernah study kat uitm shah alam. #pregnancycraving. Ur info is highly appreciated. Tq.. kalau boleh email kat normalisa86@gmail.com ye.. tq!!

Unknown said...

@normalisa mohd sapian salam akak..yer..masih ada.....dia start kol 740, lebih kurang after maghrib until 10++, dpend kalau dah habis..hehe....weekend, kadang2 bukak, kdadang tutup, tapi, awal sem biasanya dia bukak jer,, ^^

S.A.R said...

Salam..bro,kedai nasi lemak tu bukak lg ke?mggu lepas g da xde la bro..mengidam ni..kalo da pndh,bro tau x die pndh mane?

Anonymous said...

Salam ahmad ismi
baru ni lalu kolej jati mcm da ttp je. Sbb tu ape ianya ttp.

Anonymous said...

hai nak tanya, kalau lepasan diploma uitm bila masuk degree uitm dpt pengecualian kokurikulum ke? tq

Anonymous said...

kolej jati dh tutup kn?so p.ck tu meniaga di mana ye?tau x?tq

Unknown said...

Assalamualaikum... nk tanya, kemudahan kolej ada x disediakan utk pelajar master di uitm shah alam ek? thanks yaaa...

Unknown said...

rumah 2 tingkat 4 rooms sedia disewa di setia alam, dekat UITM, 5 min to Setia City mall. fully furnish. interested pls call owner 0124926740. Sangat welcome tanent perempuan atau lelaki yang jaga kebersihan rumah.

Unknown said...

rumah 2 tingkat 4 rooms sedia disewa di setia alam, dekat UITM, 5 min to Setia City mall. fully furnish. interested pls call owner 0124926740. Sangat welcome tanent perempuan atau lelaki yang jaga kebersihan rumah.

Unknown said...

rumah 2 tingkat 4 rooms sedia disewa di setia alam, dekat UITM, 5 min to Setia City mall. fully furnish. interested pls call owner 0124926740. Sangat welcome tanent perempuan atau lelaki yang jaga kebersihan rumah.

Unknown said...

Sorry guys...x cek blog lama siot dah...RIP jati..dah roboh dah....apapun...uncle nasik lemak tambah masih ada kat seksyen 7....l.kawasan PKNS.......dialog still sama

"Biasa, tambah dik??:

Post a Comment

sia rasa:

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...