Assalamualaikum WBT
Aku menjejakkan kaki ke tanah semenanjung awal bulan 9 2013 yang lalu. Tujuan? Nak sambung degree. Alhamdulillah, aku dapat degree in chemical engineering UiTM. Kali ni aku lebih bersedia dari pertama kali aku masuk UiTM sabah dulu. Masa diploma dulu, aku tiada hala tuju, tak survey langsung pasal UiTM Sabah and my course. So agak ke BANGANGAN sedikit. Tapi, untuk degree ni aku dah survey sikit. 1st, my hostel. The faculty aku. UiTM Shah Alam agak besari kalau nak di bandingkan dengan UiTM Sabah. Maybe disebabkan bangunan dan faculty yang lebih banyak dekat S.Alam ni.
To be honest, aku dan member aku datang awal ke UiTM Shah Alam. Reason, kami nak jumpa dekan faculty dental dan civil. nak buat rayuan kemasukan degree. Aku 3.7+ memang tak strong kalau nak masuk dental. Cut off pointer pun 3.96. So, next kami jumpa dekan Civil, kesian jugak kat member aku, 3.82, UiTM langsung tak nak ambik disebabkan dia dari diploma Sains.
So dengan kekecewaan, aku gagahkan langkah aku masuk lecture. Sampai faculty, aku ngan ain pergi tengok notice board, Carik senarai nama. Bila dah selak, memang takde nama aku ngan dia. So, kami pergi Hea, Bagusnya kat Shah alam ni, Hea is by faculty, tak macam kat UiTM Sabah. So, bila dah jumpa akak Emo kat Hea tue, dia sumbat ain kat Group B, and Aku group C. Plan nak satu kelas tak jadi, dimusnahkan oleh akak yang macam cantik jer, macam comel jer tue. (Comel ker??). So, aku setuju tuk dimasukkan tanpa kerelaan hati ke group C.
Bila dah masuk kelas, aku menyesal sebab tak mintak group lain. Why???? The schedule is so Pack which is ada kelas malam, isnin selasa rabu. Sekarang aku, fahmi legend sama arif class rep jer yang ambik bas malam. Yang lain ada motor. Apapun, alhamdulillah sebab dikurniakan classmates yang rajin dan ohsem, lagi superb.
Awal tu kami ada 6 orang budak lepasan diploma, tapi sekarang tinggal 5 orang jer. 2 oang budak lepasan diploma Farmasi, 3 orang lepasan diploma sains. 2 orang lelaki, 3 pompuan. Marwan dari diploma farmasi sama kak Yus. Umira ngan felicia dari diploma sains. Perghh, aku feeling matang jugak lah sebabkan classmates yang lain ni smua belum cecah 20 tahun lagi. Masih Teen. Awal-awal semua malu dan macam tak redha jer dapat course ni. Especially aku, semua benda susah nak digest except Math. I love that subject. Semua malu-malu, ada yang annoying(akir), ada yang aku langsong tak bertegur. Tapi bila dah lama, Sumpah, tak nyesal ambik course ni. Anuar, akir, ainul, daus, marwan, fahmi, arif memang semuanyer okeh. Alhamdulillah, as progress aku dah dapa terima kursus ni. Dan memang sesuai jugak dengan jiwa aku
Sem 1, ni aku ada 6 subjek dan 3 jer yang masuk final.
First aku cerita pasal yang tak masuk final.
Autocad : Mdm Fatma yang ajar, i like the subject very much, why? its involve computer. Tak perlu nak menyalin ape pun. Except notes lah. Alhamdulillah, lecturer aku pun sangat best. Assignment memang belambak, tapi kira okeh lah.
Intro to Chemical engin : Miss adieb yang ajar subject ni. Test 1 aku sucks. macam nak bakar2 je nota yang aku baca before test tu. Aku dapat half jer. Sumpah, agak down masa tuh. Rasa nak quit jer. Tapi, bila fikir balik, usaha aku kurang kot. Sebab ramai gak yang dapat 26++ out of 30 masa tuh. Alhamdulillah, test 2 and 3 aku dapat perform. Presentation paling aku suka, dia suru cari pasal industrial disaster. Semua orang buat pasal nuclear or something yang meletup. But, we pick one title yang takde kaitan ngan letupan, but still considered as indurstial disaster. Which is Minamata Disease. Alhamdulillah, we are the only group yang dapat Excellent for our presentation. Thanks to Ainul, Alya, Akir, Marwan, and Farah. We've done our best
Lab : Madam zalizawati and mdm Rabiatul, Lab ni erkkkk, agak stress jugaklah sebabkan degree ni tak macam diploma dulu Lab manual kena bagi, student kena suap, dan lecturer akan guide. But, for degree, procedure kena carik sendiri, kena consult lab assistant, kena google, research your procedure then consult lecturer. Pastu, perform sendiri your experiment via your procedure. Stresssss memanjang, lagi-lagi bila aku yang compile.
Next aku nak cakap pasal subject yang masuk final pulak.
Calculus for engineering : Basically, aku rasa aku pernah ambik subject ni masa diploma dulu, tapi lain sikit cuz aku belajar foundation of applied math, yang ni pulak calculus for engineering. Madam Fuzainah yang ajar, and i like it very very much. I love the lecturer, sebab dia sangat care. Kalau boleh tak nak escape kelas dia langsong, tapi haritu aku konvo, so terpaksa jugak escape. A few days before exam haritu, aku yumi and the geng jumpa madam sebab nak semak past year yang kami dah buat.
Process chemistry :Dr fadilah, This subject sebenarnya senang jer, tapi sumpah aku terkapai-kapai jugak belajar benda ni. Lecture macam senang, 1+1 =2 ...Masa test Square root of 5 x integrate of x -y + c. Hahaha, Dalam tuto pun tak sama langsong dengan test. FInal??? Aku harap sangat dapat B ya ALLAH. Aku risau tuk subject ni. Sumpah, jangan lah repeat...
Fluid Flow : Mr Aiman. Subject ni,. awal sem dulu sumpah buat aku down jer. Aku rasa nak quit jer bila belajar subject ni. Aku tak paham langsong. Masuk kelas, zero, keluar kelas negative. Arghhhh.... Stress memanjang. Tapi, bila dah buat tuto, agak faham sikit jugak lah. Then, mr Aiman dah start buat quiz, Kami buat ntah berapa banyak quiz. And Alhamdulillah 3 of it aku dapat full mark. Sir Aiman ni lecturer baru sebnarnya, dia pun tak pasti dengan system subject ni. Tapi, sir Aiman always give his best for us. Kalu ada yang blur, dia akan try untuk fahamkan. Masa nak final, dia sanggup datang UiTM cuz kami nak consult dier. Sehari sebelum paper, dia sanggup skype dengan kami sebab ada contoh yang kami tak faham. Seriously, buku yang kena guna untuk course ni sangat tak sesuai. Alhamdulillah, masa final hari tu aku dapat jawab semua soalan except pasal laminar flow yang aku memang blank. Aku hentam jer benda tue, konfiden ngan jawapan aku..
Apapun, aku redha. Haritu, dapat rayuan degree farmasi, tapi TNC tak benarkan pindah. Agak sedih jugak lah. But, Alhamdulillah. ill try my best sebab aku dah dapat bantuan kewangan. In sha ALLAH, kalau boleh aku nak apply TPM and jadi lecturer. Doakan aku erk.