Kisah Melati UiTM Sabah

Salam. ok ni cerita aku dapat dari SINI

Before You continue, Do click the "Thanks for Ur click" bars. Some interesting things to be discover.

Aku pernah gak dengar pasal Melati ni.pastu yang recent pasal HUssin. Ni memang terjadi few years ago. PS. Skarang tengah xzam. So ~~ Beware


Seperti tajuk diatas, apa kena mengenanya Melati dengan cerita seram kali ini.Cerita Melati ini bukan lah kisah cinta..jauh skali kalau cerita cara memasak rendang ayam.Kalau nak tau.. Melati ni la sejak dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan asrama ITM(uitm) Sabah.Sebut sahaja Melati, rata-rata penghuni asrama UiTM Sabah tau sapa Melati. Siapa yang tidak tau ni..mmg saja mau cari psal..
Menurut senior-senior yang terdahulu..Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri. Tapi ada juga yang cakap,Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bermacam-macam cerita yang diceritakan tentang cara Melati membunuh diri..tapi realitinya..dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar di asrama tersebut.
Selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat time exam..ntahlah mcm ada musim pula..Sewaktu aku masih menuntut dulu kat ITM(Uitm) Sabah..aku ada dengar, pelajar perempuan pernah tinggal dekat blok B dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D,E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C. Menurut pihak asrama pd waktu itu, pertukaran tempat perlu bagi mengelakkan peristiwa(histeria) berulang kembali..mereka yg ‘bijak’ ini beranggapan pelajar lelaki tidak mudah terkena histeria kerana kuat semangat(ya la tu)
Waktu kami mula-mula menetap dahulu, setiap tandas d blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dibuka oleh pihak asrama. Menurut mereka..ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas. Setelah diperiksa berulang kali..mereka tidak menemui seorang perempuan pun..so kita cuma akan nampak Melati melalui cermin.(ada cermin atau tiada..’dia’ tetap ada dsitu)
Pernah ada budak junior yang baru datang,tinggal d blok B(satu blok asrama la).Apabila dceritakan tentang Melati ini..mereka dengan eksen ketawa dan berkata kalau mereka nampak Melati nanti, diorang akan minta nombor ekor.Pagi keesokkan harinya, mereka berjumpa dengan kami..mereka kononnya telah diganggu oleh Melati dan meminta sedikit nasihat. Kerana ada diantara mereka ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang sedang melompat diatas katil.
Betul atau tidak cerita ini, hanya mereka sahaja yg tau..




6 comments:

Muhd said...

Jangan risau mik, melati pasti mencari mu. .Jeng jeng jeng. .(Sambil ada muzik X-Files)

Muhd said...

Melati pasti mencarimu. .Jeng jeng jeng. .(Sambil ada Muzik X-FILES). .

Zul Fattah said...

seram sejuk, aku baca cite ni.. boleh caye ke ni?

♥ Cik Panda ♥ said...

Oke seram. even cerita ni nda la seram. tapi , yah. seram. btw mau kontek kawan di Zagazik ,boleh kontek guna fb. HAHA. atau guna Skype , atau guna voip [selalu dorang yang guna voip sebab murah dan sana ja ada jual top up voip *intenet call* ] dan juga boleh kontek number dorang . selalu dorang guna Etisalat macam celcom tu la kenu kenu. so , tanyala dorang nanty number dorang. 50 sen skali msg kalau dr sini ek sana. sana ke sini 80 sen :)

Sayyidah said...

Aikkk.. Berani2nya cerita pasal tu c M??? Ini Kali lahhh.. Haha ! Kami plajar baru tau sal bnda ni.. Tp ya.. Sshhh.. Nggak usah bising2 dong.. Anggp ini pgajaran seja.. Dn lg 1, seram Thap gaban Kalo mo crita sal dia nii , ;D hehe

dayang saleha said...

hantu dan manusia ne semua ciptaan Allah SWT... tiada yang perlu kita takuti selain Allah SWT yang maha satu... dia yang menciptakan jin dan manusia.. jadi kita tak perlu lah takut dengan makhluk kita sendiri... :) >>>>>>>

Post a Comment

sia rasa:

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...