Setanding kah mahaSISWA tempatan dengan yang luar negara????

  
Salam readers. post hari ni berkenaan dengan tajuk di atas. Setanding kah mahaSISWA keluaran tempatan jika dibandingkan dengan yang
keluaran luar negara??? 
Erm, benda ni berngiang2 dikepalaku bila aq dah baca berita 
utusan malaysia ni. cuz, yalah kalau students dah 
dihantar ke oversea. kompom cuz oversea g bagus kan???
aq hampir hilang harapan. maklumlah. Masih lagi lugai2 ambik
DIPLOMA SAINS.
ok jawapan aq x bley bagi. Tp melalui article yang aq baca ni ianya menyatakan
"Kalau modal insan kita tidak bagus, tidak mungkin kita boleh 

berterusan berdepan dengan pertumbuhan yang pesat.

Alhamdulillah, jawapan yang simple tapi menyeluruh.

Betul gak. Kemajuan yang kita kecap merupakan hasil keluaran tempatan.

n membantu dalam pembangunan mahaSISWA
.
so, mari baca artikel 2 ya. yang berbunyi 

PASIR GUDANG 12 Jun - Kualiti mahasiswa universiti tempatan adalah setanding dengan lepasan institusi pengajian tinggi luar negara dan tidak seharusnya dilabelkan sebagai hampas.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini dibuktikan dengan bilangan lepasan siswazah tempatan yang bekerja di syarikat luar negara, jumlah pelaburan asing yang masuk ke negara ini dan kemajuan industri di Malaysia.

"Kalau modal insan kita tidak bagus, tidak mungkin kita boleh berterusan berdepan dengan
pertumbuhan yang pesat.

"Semua rakyat Malaysia yang layak mesti kita beri peluang mendapat tempat dalam pengajian tinggi negara. Maka, akan wujud beberapa kategori pelajar kerana mereka yang lulus dan layak semuanya mendapat tempat," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Taman Cendana di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang yang menyifatkan penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara menyebabkan universiti tempatan tempat lambakan mahasiswa yang kurang berkualiti.
Bagaimanapun menurut Mohamed Khaled, Zaini telah menghubunginya dan memaklumkan perkara tersebut mungkin disebabkan salah tafsir ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan bertajuk 'Enculturing Innovation: Seven Pillars' di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara pada Khamis lalu.
Mohamed Khaled menjelaskan, terdapat lebih 490 institusi pengajian tinggi yang terdiri daripada universiti awam dan swasta, kolej-kolej dan politeknik yang disediakan untuk semua kaum dan tidak timbul soal tidak mendapat tempat kerana setiap rakyat Malaysia adalah modal insan yang penting.
"Ini berasaskan hakikat bahawa dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, faktor paling kritikal dan kekuatan sesebuah negara bergantung kepada modal insan yang seterusnya berkait dengan daya intelek dan ilmu yang dikuasai," katanya lagi-sumber ihsan daripada utusan malaysia online(like ye d FB)




0 comments:

Post a Comment

sia rasa:

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...