About Me

Wabak Hus Jadi Misteri????? apa puncanya??

salam readers. Erm. cam ramai ni yg baca blog aq( kunun). ok ari ni aq sebagai peminat TIMUN menimbulkan rasa risau aq bila Wabak Hus yang menjangkiti timun masih menjadi misteri. Ok. aq sgt2 takut mau makan timun. Padahal boleh makan dgn nasi ayam, boleh buat sayur. dll. haha. Apapun layan dulu berita d bwh ni ya



6 orang di utara Eropah maut ketika 365 kes baru E.coli dilaporkan di Jerman

BERLIN: Pusat Kawalan Penyakit Jerman masih belum dapat mengenal pasti punca wabak Sindrom Hemolitik-Uremik (HUS) yang sudah menyebabkan kematian 16 orang di utara Eropah, ketika negara itu melaporkan 365 kes baru E.coli semalam.

     Sebanyak 25 peratus daripada kes terbaru membabitkan kes HUS yang menyebabkan komplikasi darah dan buah pinggang akibat jangkitan E.coli, kata Institut Robert Koch Jerman.

Wabak HUS itu yang terbesar pernah dialami Eropah, dipersalahkan terhadap kematian 16 orang di benua itu yang kebanyakannya baru kembali daripada kunjungan ke utara Jerman.

Setakat ini lebih
1,500 kes E.coli/HUS dilaporkan di Jerman dan pihak berkuasa masih belum mengenal pasti sumber jangkitan berkenaan.

Menteri Perlindungan Pengguna dan Pertanian Jerman Ilse Aigner menolak kritikan bahawa Jerman tersilap dalam menyalahkan timun dari Sepanyol sebagai sumber bakteria E.coli bahaya berkenaan.

“Siasatan mendapati bakteria E.coli dalam timun Sepanyol dan mengikut peraturan Eropah, kami perlu mendedahkan hasil siasatan itu segera,” kata Aigner. 
Namun pihak berkuasa di Hamburg Selasa lalu berkata E. coli yang ditemui dalam timun Sepanyol itu bukanlah jenis bahaya yang menyebabkan HUS.

Sepanyol semalam berkata ia sedang menimbang untuk menyaman pihak berkuasa di Jerman berikutan petani di negara itu rugi
200 juta Euro (RM863 juta) seminggu dan krisis itu boleh menyebabkan 70,000 orang hilang pekerjaan. 

ok fine. aq sekarang x mau makan timun. tak tau sumber 2 dari mana. Tapi sekarang redha pada ALLAH ja lah. Harap kita mendapat bantuan dlm mnyelesaikan probs ini kan3?

0 comments:

Post a Comment

sia rasa:

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...