Kenangan Puasa Di Hostel

Asslamualaikum semua
Hari ni dah sudah masuk hari ke enam kita puasa
Kalau yang ada cuti tu jangan lupa ganti
Terutama kepada mereka yang paling awesome, awal-awal lagi dah cuti
HAHA

Ok, back to the topic. Masa aku form five dulu aq tinggal hostel. Entah kenapa aku mau jugak tinggal kat hostel ni. Konon "Nak belajar", "Dekat rumah ndak dapat stady". Cis, alasan jak. Last-last sama jugak. Stady biasa-biasa jak. Tapi, kehidupan diasrama aku sangat-sangat tidak boleh dilupakan.  Kekal lah dalam jiwa. HEHE.Dulu aku duduk kat asrama dalam lebih kureng 6 bulan or 7 bulan lah.(lupa sudah). Asrama SMK putatan adalah nama tempat tu. Yalah, takkan nak letak nama skolah lain kan??oklah, Masa awal Ramadhan tu semua target mau puasa penuh. I mean semua orang pun komfem azam perkara yang sama kan??  Tapi, ada kawan-kawan aku yang ndak full puasa masa tu. Lawak ehh bila diingatkan kembali. Begini storynya, selalunya makanan yang komfem orang yang malas mau turun makan pun jadi turun adalah Ayam masak kurma bersama sambal belacan. Tapi, entah kenapa malam tu Macik Dewan Makan masak Lauk tu dan semua siswa tiada seorang pun yang bangun untuk sahur kecuali 3 orang siswi. FRUST aq. Nasiblah hujung minggu. Kesian macik DM tu. Siap komplen lagi. "kamu kenapa tidak makan, habis bazir!!!" 
secubit garam blogspot

Sori lah macik, kami semua tidur mati masa tu. Then, pagi tu dalam pukul 11 gitu adalah kawan aku ni plan mau buka awal. Aku ndak mau terlibatlah dengan benda ni, so aq biarkan jaklah dorang carruon dengan plan diorang. Tapi aku nasihat juga(belakon). tahan sikit lah geng, Lelaki bha kita ni. Tapi tak guna jugak. Last-last layan megi jugak diorang. Part yang paling aku nak ketawa gila mampus adalah moment kawan aku pergi ambik air kat Water Dispenser. Tup-tup tengah enak-enak kawan aku dengan megi dan air penuh satu botol. Tiba-tiba warden keluar. dan kawan aku dengan slumber stedy gila babuun ucap "selamat pagi CG".
Arghh. Ndak ketawa aku time tu?? Gila tu budak. Tapi last-last masa orang SUNGKAI(buka puasa), diorang bajet stedy buka macam orang Puasa. DEM.


Selain tu, ada cerita yang aku ingin ceritakan kembali dari senior aku. Begini, masa tingkatan 5, diorang kasi bangun orang untuk sahur.Then diorang cakaplah"CEPAT, MAU HABIS SAHUR DAH". Giler, belarian kawan diorang tu. Tup-tup, dewan makan masih tutup. Hihi. kecian orang tu kena trick dibulan puasa. Siap diorang pergi adjuzt jam dinding lagi masa tu. BTW, memang banyak memori yang aku ndak dapat lupakan masa tinggal dihostel time skolah dulu. Tapi sekarang ni lain dah kehidupan dihostel.Ndak sama dengan time sekolah dulu. Lagi bebas. So, ko mau makan atau ndak, ikut sukati ko lah. Asal kau bahagia., ^^, Oklah, bai. Enjoy ur sahur nanti.


0 comments:

Post a Comment

sia rasa:

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...