About Me

Masa Budak-budak Dulu

Assalamualaikum Readers~~~~
Jam menunjukkan 12.19 a.m. Dan tarikh 14/8/2011
meaning to say, dah 14 hari kita berada dibulan Ramadhan
So dalam 16 hari lagi, InsyaALLAH kita akan celebrate Raya dan Hari Merdeka
Hepi Bfday Abah. My idola. Lahir 31 August 1957
Hihi. Bercerita mengenai abah aku terus terkenang kenangan puasa masa kecik dulu
Well, standerd lah untuk semua budak-budak tak kira dimana berada
Pengalaman PUASA masa budak-budak dulu
sangat sukar untuk dilupakan.
betul kah?

Antara benda yang sering dialami oleh budak-budak time bulan puasa ni adalah:

1) Aku puasa, kawan pulak tak puasa.
Bila dah sampai umur untuk berpuasa. Atau secara standardnya 6 atau 7 tahun konfem itulah moment yang sangat sukar untk dihadapi oleh seorang kanak-kanak. Masa aku dulu festme berpuasa, kawan-kawan ku ada yang tidak puasa ok. Sedih ni. Dan persoalan yang timbul
"Kenapa perlu puasa ni. Budak-budak ndak wajib lah"
Then
"Kawan aku parents diorang tak marah pun"
Lagi
"Susahnya nak puasa ni"

Normal lah kan untuk knak-kanak merasakan kesukaran berpuasa
cuz moment diorang festime berpuasa adalah Mungkin KALI PERTAMA mereka menahan lapar.
Kalau dulu-dulu, incase parents aku ndak terbagun sahur. Kami tetap standard, puasa macam biasa. Huish, cubaannya sangat-sangat hebat. Kalau dah terskip sahur, komfem aku akan stay dirumah ja. Baring-baring. Then rendam dalam air lama-lama. Badan ja k. Hiih..Iyalah, dulu-dulu mana lah tahu pasal benda makruh-makruh ni. Sekarag dah ndak buat dah.

2)Siapa puasa tak boleh raya
Lawak juga bila aku mengenang benda ni. ianya normal l bila orang tua cakap
 "Tak boleh raya, kalau ndak puasa". 
Usaha itu untuk latih anak supaya berpuasa. Tapi yang lawaknya, ada jugak yang curi-curi minum kat dapur. Hihi. Aku ada 4 orang adik. and aku pernah tangkap adik aku ponteng puasa. Pucat dia dibuat aku. Sampai nangis-nangis lagi.

3) Siapa puasa boleh pergi bazaar
Nih benda ni satu lagi benda yang merangsang aku untuk puasa dulu(ceh x ikhlas)
Kalau batal jak puasa, sampai meraung-raung mau ikut pergi bazaar.

4) Pergi ke surau nak Tapau je(murih)
Ni benda 1 lagi. Aku dulu pun benggang jugak bila budak-budak kampung aku cakap aku Terawih cuz nak pok tapau. Hello, sendiri cakap orang SIGH~~~. Well, aku dulu time darjah 1 - 3 adalah timbul perasaan nih. Tapi bila dah naik remaja ni. Tak pikir sangat dah. Tapui tarawih tetap JALAN. ^^

5) Mari main mercun
Masa bulan puasa dulu-dulu yang paling best adalah 7 hari terakhir bulan puasa. Masa ni lah orang sibuk pasang pelita keliling rumah. Hias lampu raya yang ada lagu raya sampai penuh tiang-tiang rumah.  Masa nilah kemuncak Para Pekedai untuk habiskan stok Bunga Api n Mercun. Memang best lah. Ada yang kaler-kaler lagi bunga apinya. Tapi aku stop dah main Mercun ni bila dah masuk Tingkatan. Apa ndak, banyak berita tentang orang kena EFFECT bahana Mercun time tu. HIHI. Tapi, yang ndak bestnya sekarang ni, orang suka bakar mercun time orang khusyuk Solat terawih. Erm. Nak marah, rasa bersalah jugak kan?? cuz aku pun buat benda yang sama dulu. Tapi bezanya, aku ndak bakar mercun time orang tengah KHUSYUK terawih.Cuz aku join terawih.HIHI. Budak baik lah katakan (no kontra ^^),

6) BOOM, meriam bulauh sapa paling kuat???
Setakat ni, aku tak pernah lagi ada meriam buluh sendiri. Bahaya OK. Aku, kalau benda-benda yang merbahaya aku ndak terlibat(mercun boleh plak). well, Mem aku cakap kalau main meriam boleh pecah and hilang itu, hilang ini and sometimes boleh bawa maut. Tapi aku pernah gak try main. Beberapa kali. Jiran aku punya, so aku tumpang sekaki lah. Nak test power sikit.

Hihih. well, yang bestnya masa raya, budak-budak terima duit raya. Orang matang macam aku habis duit. Semua adik aku Claim duit raya dari aku. macamlah aku ni bank. Hihi. Tapi, aku bagi jugak lah. seringgit dua. Bajet students lah katakan. ^^. So itu jak dari aku myB kali ni. kalau kamurang rasa terOFFENSIVE aku minta maaf awal-awl OK
SALAM dari, Egypt Dzulkarnain




0 comments:

Post a Comment

sia rasa:

mARI BacA ^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...